Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iMessage Gagal Berfungsi Disebabkan Pepijat Baru iOS Ini

iMessage Gagal Berfungsi Disebabkan Pepijat Baru iOS Ini

Diterbitkan Februari 15, 2018 · Dikemas kini Februari 15, 2018 oleh Helmi Samsuri

Sistem operasi iOS 11 boleh dikatakan sebagai salah satu versi iOS yang paling banyak dikemaskini. Sejak ditawarkan pada tahun lepas, Apple sudah beberapa kali menerima aduan masalah pepijat terkandung didalam sistem tersebut.

Terkini, satu lagi pepijat telah dikenalpasti dan ia mampu menggagalkan fungsi iMessage pada iPhone yang menjalankan iOS 11.2.5.

Ditemukan oleh Mobile World, iMessage gagal berfungsi apabila menerima mesej yang terkandung dengan karakter India atau lebih spesifik lagi karakter dari bahasa Telegu.

iMessage Gagal Berfungsi Disebabkan Pepijat Baru iOS Ini

Hanya satu cara boleh mengembalikan fungsi iMessage kepada asal, iaitu dengan menghantar mesej baru ke iPhone yang bermasalah dan padamkan perbualan yang mengandungi karakter terbabit.

Difahamkan versi beta iOS 11.3 sudah memperbaiki masalah ini, dan penawarannya kepada umum akan dibuat pada tempoh yang akan diberitahu kelak.

Sumber: Mobile World via The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY