Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Japan Airlines Robot Humanoid

Jepun Uji Robot Humanoid Kendali Bagasi Di Lapangan Terbang Haneda Bermula Mei

Diterbitkan April 30, 2026 · Dikemas kini April 30, 2026 oleh Amalina Athman

Japan Airlines Ground Service (JGS) dengan kerjasama GMO AI & Robotics Trading (GMO AIR) bakal memulakan eksperimen demonstrasi robot humanoid di Lapangan Terbang Haneda bermula Mei 2026.

Inisiatif ini merupakan langkah strategik bagi mencapai penjimatan tenaga kerja serta meningkatkan kecekapan dalam operasi pengendalian darat.

Langkah ini juga didorong oleh krisis kekurangan tenaga kerja dalam industri penerbangan. Faktor peningkatan pelancong asing yang mendadak serta penurunan populasi usia bekerja telah memberi tekanan besar kepada operasi harian, terutamanya bagi tugas yang memerlukan kemahiran tinggi serta tenaga fizikal yang berat.

Berbeza dengan teknologi automasi sedia ada, robot humanoid dipilih kerana bentuk dan pergerakannya menyerupai manusia. Kelebihan ini membolehkan ia digunakan dalam infrastruktur lapangan terbang tanpa memerlukan pengubahsuaian besar pada kemudahan sedia ada.

Japan Airlines Robot Humanoid_2
Kredit: Japan Airlines

Eksperimen ini dijadualkan berlangsung dari Mei 2026 hingga 2028 dan akan dijalankan di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo. Sepanjang tempoh itu, tumpuan diberikan kepada usaha meningkatkan kecekapan operasi pengendalian darat melalui penggunaan robot humanoid dalam tugasan seperti memuat dan memunggah bagasi serta kargo, selain kerja pembersihan kabin.

Pelaksanaannya akan dilakukan secara berperingkat. Pada fasa awal, operasi di lapangan terbang akan dianalisis bagi mengenal pasti kawasan yang sesuai dan selamat untuk robot humanoid. Seterusnya, ujian simulasi akan dijalankan dalam persekitaran yang menyerupai situasi sebenar sebelum ia digunakan secara lebih meluas.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Beijing Jalankan Ujian Penuh Maraton Robot Humanoid
  • Robot AI Sony Mampu Kalahkan Pemain Ping Pong Elit
  • (Video) Robot Humanoid China Kini Boleh Meluncur Selaju 1 Meter Sesaat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY