Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Jepun Siap Bangunkan Enjin 7 Silinder Bahan Api Ammonia Pertama Dunia

Posted on September 3, 2025September 3, 2025

Japan Engine Corporation (J-ENG) berjaya menyiapkan enjin komersial ammonia berskala penuh pertama dunia.

Enjin dengan kod nama 7UEC50LSJA-HPSCR (7 silinder, bore 50 cm, High Press. SCR) itu berjaya disiapkan pada 30 Ogos 2025.

Pembangunan enjin ini adalah sebahagian daripada projek Dana Inovasi Hijau – Pembangunan Kapal Generasi Masa Depan yang dikendalikan oleh NEDO (Organisasi Pembangunan Teknologi Tenaga Baru dan Perindustrian).

Ujian rasmi enjin tersebut telah dibuat di kilang J-ENG Akashi di bawah seliaan NYK Line, Nihon Shipyard (NSY), Japan Marine United (JMU) dan ClassNK.

Enjin ini diuji dalam mod bahan api ammonia dan minyak berat telah lulus pemeriksaan keselamatan serta disahkan memiliki prestasi alam sekitar yang cemerlang.

Ia akan dihantar pada Oktober 2025 nanti untuk dipasang pada kapal pengangkut gas sederhana bertenaga ammonia (AFMGC) yang dijangka beroperasi pada 2026.

Pembangunan enjin ini melibatkan lebih 1,700 jam ujian prototaip sejak 2023.

Enjin baharu ini terbukti mengurangkan gas rumah hijau lebih 90%, pelepasan NOx separuh lebih rendah berbanding enjin minyak berat, dan hampir sifar ammonia tidak terbakar.

Kecekapan termalnya juga setara atau lebih baik daripada mod minyak berat.

Selain itu, J-ENG kini membangunkan enjin bore 60 cm untuk kapal yang lebih besar serta merancang kilang baharu menjelang 2028 menggunakan dana GX Economic Transition Bonds, bagi meningkatkan pengeluaran enjin mesra alam serta menyokong matlamat neutral karbon 2050 untuk industri perkapalan global.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress