Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jepun Rancang Perkenal Kereta Api Peluru Tanpa Pemandu Menjelang 2030

Jepun Rancang Perkenal Kereta Api Peluru Tanpa Pemandu Menjelang 2030

Diterbitkan September 12, 2024 · Dikemas kini September 13, 2024 oleh Amalina Athman

Japan East Railway (JR East) mengumumkan rancangannya untuk memperkenalkan kereta api peluru (bullet train) tanpa pemandu menjelang pertengahan 2030, dalam usaha menjadikan operasi lebih cekap.

Syarikat kereta api utama itu berkata ia pada mulanya akan menyasarkan operasi kereta api tanpa pemandu bagi laluan Joetsu Shinkansen antara stesen Niigata dan Tokyo.

Terdapat tahap automasi yang berbeza. Sebagai permulaan, JR East merancang untuk menjalankan kereta api peluru dengan automasi gred kedua antara Stesen Nagaoka dan Niigata menjelang fiskal 2028, yang berakhir pada Mac 2029.

Automasi gred kedua bermakna kereta api laju itu akan dipandu secara autonomi, tetapi dengan pemandu hadir di kokpit untuk mengendalikan kecemasan.

Menjelang 2030, JR East merancang untuk menjalankan kereta api di laluan Joetsu Shinkansen dengan automasi gred ketiga, di mana kru kereta api berada di situ tetapi kokpit dibiarkan kosong.

Seterusnya, syarikat itu menyasarkan untuk mempunyai kereta api luar perkhidmatan pada automasi gred keempat, di mana kereta api itu akan dipandu secara autonomi tanpa pemandu.

Kereta api luar perkhidmatan yang beroperasi antara stesen Niigata dan Tokyo juga akan menjadi tanpa pemandu sepenuhnya menjelang pertengahan 2030.

Berkaitan

  • Jepun Lancar Robot Humanoid 12 meter Untuk Selenggara Trek Kereta Api
  • Perkhidmatan Tren Penumpang Rentas Sempadan Laos-Thailand Mula Beroperasi
  • Tren Maglev China Cecah Kelajuan 1,000km/j
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • Tesla Lancar "Giga-Train", Kereta Api Berkuasa Bateri Sepenuhnya Dengan Tambang Percuma

Sumber: The Japan Times

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY