Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kereta api Laos-Thailand

Perkhidmatan Tren Penumpang Rentas Sempadan Laos-Thailand Mula Beroperasi

Diterbitkan Julai 22, 2024 · Dikemas kini Julai 22, 2024 oleh ariff bukhari

Kereta api penumpang rentas sempadan Laos-Thailand secara rasminya telah mula beroperasi antara stesen Krung Thep Aphiwat Central di ibu negara Thailand Bangkok dan stesen kereta api Khamsavath di ibu negara Laos, Vientiane.

Perkhidmatan kereta api itu telah pun memulakan operasi secara rasmi pada hari Jumaat, 19 Julai 2024 yang berlepas pada Jumaat dari stesen Krung Thep Aphiwat Central dan tiba di stesen kereta api Khamsavath pada hari Sabtu dengan masa keseluruhan perjalanan kira-kira 12 jam.

Kereta api penumpang rentas sempadan Laos-Thailand yang pertama telah pun tiba di stesen kereta api Khamsavath di Vientiane, Laos, 20 Julai, 2024 lalu.

Perkhidmatan Tren Penumpang Rentas Sempadan Laos-Thailand Mula Beroperasi
Penumpang dalam tren SRT Rapid No. 134 telah tiba pada pagi 20 Julai, 2024 lalu di Stesen Sentral Krung Thep Aphiwat Bangkok yang disambut dengan kalungan bunga.

Majlis itu menandakan kesediaan perkhidmatan kereta api baharu antara Thailand dan Lao PDR – lanjutan laluan Bangkok-Nong Khai.

Landasan lanjutan dari Stesen Kereta Api Vientiane Lao PDR (Khamsavath) ke Stesen Sentral Krung Thep Aphiwat Bangkok adalah projek antara kerajaan Thailand dan Laotian untuk menghubungkan sistem kereta api kedua-dua negara dengan lebih baik.

Ia merupakan inisiatif susulan lawatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin ke Laos pada 30 Oktober 2023, di mana beliau dan Perdana Menteri Lao PDR Sonexay Siphandone merasmikan stesen kereta api Vientiane (Khamsavath) dan meneroka peluang untuk pengembangan rangkaian kereta api yang menghubungkan kedua-dua negara.

Dibantu oleh Agensi Kerjasama Pembangunan Ekonomi Negara Jiran (NEDA), projek ini merupakan contoh pengukuhan hubungan dua hala dan usaha integrasi serantau, menandakan lembaran baharu dalam hubungan Thailand-Lao PDR dan meningkatkan kerjasama ekonomi.

Tren Rapid No. 133 dan 134 ini terdiri daripada gerabak tidur berhawa dingin kelas kedua dengan 30 tempat duduk, 64 tempat duduk dalam gerabak berhawa dingin kelas kedua, dan 152 tempat duduk dalam dua gerabak biasa kelas ketiga dengan kipas.

Tempahan kini dibuka melalui aplikasi mudah alih D-Ticket, laman sesawang (www.dticket.railway.co.th), dan gerai tiket di stesen SRT.

Tempahan boleh dibuat sehingga 180 hari lebih awal.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Bayaran Transaksi Shopee Naik Kepada 3.5% Bermula Ogos Ini

Sumber: The Tourism Authority of Thailand (TAT)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY