Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Jepun Lancar Robot Humanoid 12 meter Untuk Selenggara Trek Kereta Api

Posted on Julai 7, 2024Julai 8, 2024

Tidak lagi perlu bergantung kepada tenaga manusia, salah ssebuah syarikat keretapi utama di Jepun, West Japan Railway (WestJR) telah melancarkan robot humanoid berketinggian 12 meter yang akan digunakan untuk tujuan penyelenggaraan trek keretapi.

Seakan filem fiksyen sains, robot ini mempunyai lengan yang besar, kepala kecil seperti Wall-E, dan mata.

Robot baharu itu  dibangunkan berdasarkan prototaip yang digunakan oleh West JR dengan kerjasama Jinki Ittai Co, pembangun teknologi robotik, dan Nippon Signal Co, firma IT dan elektrikal dalam infrastruktur.

Ia telah diperlihatkan dalam pembentangan syarikat itu minggu lalu.

Dipasang pada trak yang boleh dipandu di atas rel, pengendali robot boleh mengawal robot itu dari jauh.

Cuma buat masa ini, tugas utama robot itu akan memberi tumpuan kepada memotong dahan pokok di sepanjang rel dan mengecat bingkai logam yang memegang kabel di atas kereta api.

Kehadiran robot itu akan dapat menangani kekurangan pekerja di dalam negara itu  dan mengurangkan risiko kemalangan.

Syarikat itu berhasrat untuk mengembangkan penggunaannya untuk pelbagai tugas penyelenggaraan, menunjukkan penyelesaian kepada kekurangan buruh.

{suggest}

Sumber: Railway Technology

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress