Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jepun Akan Sekat Eksport Beberapa Bahan Pembuatan Peranti Ke Korea Selatan

Jepun Akan Sekat Eksport Beberapa Bahan Pembuatan Peranti Ke Korea Selatan

Diterbitkan Julai 1, 2019 oleh Helmi Samsuri

Jika tempoh hari kita telah mendengar berita mengenai Huawei kembali dibenarkan membuat urusniaga dengan syarikat-syarikat Amerika Syarikat, kini negara matahari terbit, Jepun pula dilapor bakal mengenakan sekatan terhadap eskport beberapa bahan yang digunakan dalam pembuatan telefon pintar ke Korea Selatan.

Langkah sekatan bekalan teresbut dikatakan bakal bermula pada 4 Julai ini membabitkan bahan seperti polimer, digunakan pada paparan fleksibel serta etching gasĀ  dan perentang yang digunakan untuk pembuatan semikonduktor.

Dibawah perubahan cadangan bagi peraturan eskport ini, pembekal dari Jepun perlu memohon kelulusan bagi setiap kontrak penjualan bahan kimia tertentu kepada syarikat pembeli di Korea Selatan seperti Samsung, LG dan SK Hynix.

Difahamkan bahawa, peraturan baru ini hadir setelah dua negara terbabit bertelagah tentang pampasan bagi rakyat Korea Selatan yang dipaksa bekerja di kilang Jepun ketika Perang Dunia Ke-2.

Sumber: Nikkei Asia Review via Tech Crunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY