Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
jenni ai

Jenni AI Perluas Kehadiran Di Malaysia, Perkenal Alat AI Baharu Untuk Penyelidik

Diterbitkan September 10, 2026 oleh Amsyar Latif

Jenni AI memperluaskan kehadirannya di Malaysia dengan memperkenalkan Reviews, rangkaian alat AI baharu yang dibangunkan khusus untuk membantu penyelidik akademik menyemak keseluruhan draf penulisan mereka.

Perkembangan itu menyusuli penggunaan Jenni AI di Universiti Teknologi MARA (UiTM), ketika institusi pengajian tinggi tempatan semakin meneroka penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pengajaran dan penyelidikan.

Berbeza daripada fungsi AI yang membantu penulisan secara baris demi baris, Reviews boleh menganalisis keseluruhan dokumen berdasarkan tujuan tertentu, termasuk mengesahkan sumber, menyesuaikan nada penulisan dan melakukan semakan seakan-akan proses peer review.

Antara fungsi yang diperkenalkan ialah Claim Confidence, yang menyemak setiap sumber dan dakwaan dalam draf. Ia boleh menandakan dakwaan yang tidak dapat disahkan atau tidak menggambarkan sumber dengan tepat, selain mencadangkan rujukan tambahan sekiranya sesuatu dakwaan memerlukan sokongan.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • AS Tuduh China Curi Teknologi AI Guna Teknik Penyulingan
  • Beriklim Sejuk Dan Sumber Elektrik Stabil Tarik Google Untuk Bina Lebih Banyak Pusat Data AI Di Finland

Sementara itu, Peer Review menilai sesebuah kertas berdasarkan rubrik piawai dan memberikan maklum balas mengenai kekuatan serta kelemahannya seperti yang dilakukan oleh penilai jurnal sebelum penyelidikan dihantar untuk penerbitan.

Menurut Jenni AI, 60% daripada keseluruhan 6.5 juta penggunanya terdiri daripada pengguna peringkat pascasiswazah dan ke atas, termasuk penyelidik, pensyarah serta profesional industri.

Jenni AI sebelum ini turut memperkenalkan AI Declaration, fungsi yang menghasilkan pengakuan formal mengenai bagaimana AI digunakan dalam sesebuah kertas akademik. Syarikat itu mendakwa fungsi tersebut telah digunakan dalam lebih 100 kertas yang kemudiannya diterima untuk penerbitan.

Perluasan Jenni AI di Malaysia hadir ketika penggunaan AI dalam sektor pendidikan tinggi semakin diberi perhatian, termasuk dari aspek ketepatan maklumat, pengesahan sumber dan ketelusan dalam penyelidikan akademik.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY