Antara jenis produk audio yang ditawarkan adalah TWS, fon telinga ANC, fon telinga tanpa wayar, dan lain-lain.
Melalui kedai rasmi Lazada, mereka memperlihatkan produk audio premium menarik seperti 1MORE True Wireless ANC In-ear, 1MORE Dual Driver ANC Pro Wireless, dan 1MORE ColorBuds True Wireless In-ear.
1MORE True Wireless ANC In-Ear Headphones
1MORE True Wireless ANC merupakan fon telinga TWS dengan penarafan audio dari THX dan teknologi QuietMax. Ia juga mempunyai ciri pembatalan hingar aktif, cip audio dari Qualcomm, Bluetooth 5.0 dan pengecasan pantas. Harga jualannya adalah RM669.
1MORE Dual Driver ANC Pro Wireless Headphones
1MORE Dual Driver AND Pro adalah fon telinga dengan rekaan gantung di leher. Ia dimuatkan dengan pembatalan hingar hibrid dan ketahanan bateri sehingga 20 jam. Dual Driver Pro ANC Pro juga ditalakan oleh jurutera audio Luca Bignardi untuk kualiti audio lebih baik. Harganya adalah RM599.
1MORE ColorBuds True Wireless In-Ear Headphones
1MORE ColorBuds True Wireless merupakan fon telinga lebih mampu milik dalam pakej kompak dan juga ringan. Terdapat 4 pilihan warna menarik - Midnight Black, Twilight Gold, Sakura Pink dan Spearmint Green. Harga jualan adalah pada RM299.
Untuk melihat kesemua produk audio yang dijual oleh 1MORE, boleh ke kedai rasmi mereka di Lazada melalui pautan ini.
Berkaitan
- AADK Kesan Salah Guna Dadah Melalui Alat Imbasan Anak Mata
- YouTube Premium Dan YouTube Music Hadir Di Malaysia Harga Bermula RM14.90 Sebulan
- Siri AMD Ryzen 5000 Kini Rasmi - CPU Generasi Baharu Untuk PC Master Race Dengan Senibina Zen 3
- Belanjawan 2021: Pas Perjalanan Tanpa Had My30 Diperluaskan Ke Pulau Pinang Dan Kuantan
- Huawei Memperkenalkan GameCenter - Hub Permainan Khas Dalam AppGallery
- realme Watch S Dilancarkan Di Malaysia Berharga RM369 - Rekaan Paparan Bulat Dengan Ketahanan IP68
- Kerjasama Dengan TCL Berakhir, Tiada Lagi Peranti BlackBerry Akan Dihasilkan
- Xiaomi Sedang Bangunkan Satu Lagi Varian Mi Note 10 Versi Lite Dengan Kamera Utama 64MP
- HTC Desire 20 Pro Turut Diumumkan - Bukti Peranti Dengan Cip Snapdragon 665 Masih Belum Berkubur
- Astro Tawar Promosi Pakej Jimat 109, Internet 30Mbps, Lebih 90 Saluran Astro Pada RM109.99 Sebulan