Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jemputan Acara Pelancaran Huawei P20 Memberi Bayangan Tetapan Tiga Kamera

Jemputan Acara Pelancaran Huawei P20 Memberi Bayangan Tetapan Tiga Kamera

Diterbitkan Februari 8, 2018 oleh Helmi Samsuri

Dari kesemua informasi berkaitan Huawei P20 dan Huawei P20 Plus yang hebat dicanang di internet ketika ini, satu-satunya yang boleh disahkan benar adalah hari pelancaran peranti tersebut.

Dijadualkan pengenalannya akan diadakan pada 27 Mac 2018 depan, Huawei telah mengedar jemputan kepada pihak media dimana acara itu bakal diadakan di kotaraya Paris.

Jemputan Acara Pelancaran Huawei P20 Memberi Bayangan Tetapan Tiga Kamera

Bentuk “OOO” boleh dilihat disebalik latarbelakang menara Eiffel dan ia seakan-akan memberi bayangan tetapan tiga kamera bakal melengkapi Huawei P20 dan Huawei P20 Plus. Ia turut ditambah dengan “SEE MOOORE WITH AI”, mengukuhkan lagi ramalan tersebut.

Khabar angin ada menyebut, kamera ketiga berkenaan akan dilengkapi dengan ciri 5X zoom hybrid.

Tambahan lain, Huawei P20 Lite dilaporkan telah mendapat pensijilan dari FCC di Amerika Syarikat. Peranti itu dikhabarkan mempunyai rekaan takuk yang menempatkan kamera swafoto dan sensor, mirip seperti iPhone X.

Sumber: Phone Arena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY