Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ChatGPT OpenAI_Engadget

Janaan Imej GPT-4o Tular, CEO OpenAI: “GPU Kami Sedang Mencair”

Diterbitkan Mac 28, 2025 oleh Amalina Athman

Sambutan luar biasa terhadap keupayaan penjanaan imej 4o ChatGPT yang lebih mudah diakses dan canggih telah memaksa OpenAI untuk menetapkan had sementara bagi kadar penggunaannya.

Dalam hantaran di X, CEO OpenAI Sam Altman berkata “seronok melihat ramai yang menyukai ciri imej dalam ChatGPT, tetapi GPU kami sedang mencair”, menggambarkan peningkatan penggunaan ciri itu menyebabkan beban tinggi kepada pelayan syarikat.

Beliau turut memaklumkan bahawa OpenAI kini sedang berusaha meningkatkan kecekapan sistem untuk menampung permintaan yang tinggi.

Had untuk pengguna percuma

Seperti dimaklumkan sebelum ini, permintaan yang tinggi telah menyebabkan ketersediaan penjana imej 4o ditangguhkan sementara untuk pengguna ChatGPT percuma.

Namun, langkah itu sahaja nampaknya masih belum cukup untuk mengurangkan beban pada infrastruktur syarikat. Altman turut memaklumkan bahawa pengguna percuma kelak akan dihadkan kepada 3 janaan imej setiap hari.

it's super fun seeing people love images in chatgpt.

but our GPUs are melting.

we are going to temporarily introduce some rate limits while we work on making it more efficient. hopefully won't be long!

chatgpt free tier will get 3 generations per day soon.

— Sam Altman (@sama) March 27, 2025

Kenapa janaan imej GPT-4o jadi tular?

Terdapat beberapa faktor yang mendorong  permintaan tinggi terhadap janaan imej GPT-4o. Antaranya ialah keupayaan menjana imej lebih terperinci dan berkualiti tinggi berbanding versi sebelumnya, seperti DALL.E.

Selain itu, pengguna boleh menggunakan imej sedia ada – contohnya wajah sendiri, sebagai asas untuk karya seni atau suntingan, termasuk menukar kepada gaya Pixar, Studio Gibli, anime atau memperbaiki potret profesional.

Lebih menarik, dengan hanya sebaris teks arahan, pengguna sudah boleh menjana imej yang diingini.

Kemuncaknya, sambutan luar biasa ini didorong oleh popularitinya di media sosial. Ramai berkongsi hasil janaan di platform seperti X, Facebook dan Reddit, menyebabkan pengguna lain turut ingin mencubanya.

Apapun, tidak dapat dinafikan bahawa kualiti janaan imej ini sememangnya mengagumkan. Maka, tidak hairanlah ia menjadi tular.

Berkaitan

  • OpenAI Lancar GPT-4o - Model Lebih Pantas, Percuma Untuk Semua Pengguna ChatGPT
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Penjanaan Imej 4o Kini Dilancarkan Untuk Pengguna ChatGPT - Termasuk Versi Percuma
  • Sambutan Luar Jangkaan, Pelancaran Penjana Imej 4o Untuk Pengguna ChatGPT Percuma Ditangguhkan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY