Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jalur Awan Putih Di Belakang Pesawat Tidak Berbahaya Kepada Kesihatan

Jalur Awan Putih Di Belakang Pesawat Tidak Berbahaya Kepada Kesihatan

Diterbitkan Ogos 11, 2022 · Dikemas kini Ogos 11, 2022 oleh Amalina Athman

Beberapa minggu lalu, wujud dakwaan di Facebook yang menyatakan jalur awan putih yang terbentuk di belakang pesawat yang terbang di langit berbahaya kepada kesihatan manusia.

Dikatakan, jalur itu adalah ‘chemtrail’, iaitu bahan kimia yang dilepas dengan sengaja pada ketinggian tertentu di udara. Hantaran tersebut juga mendapat respon yang pelbagai dari warganet. Rata-rata daripadanya menzahirkan kebimbangan mengenai dakwaan tersebut.

Berkaitan

  • 7 Fenomena Menarik Dalam Kalendar Astronomi Bulan Ogos 2022 Ini
  • Air Hujan Di Seluruh Dunia Tidak Selamat Lagi Diminum - Kajian
  • Satelit Starlink Diancam Serpihan Satelit Rusia Bergerak Laju Lebih Daripada 28 Ribu Km/j

Bagaimanapun, MyCheck Malaysia telah menyangkal dakwaan tersebut. Berdasarkan artikel yang dikeluarkan oleh MyCheck, ia menyatakan jalur awan putih yang didakwa sebagai ‘chemtrail’ itu sebenarnya adalah satu teori konspirasi tidak berasas kerana kewujudannya tidak dapat disahkan, sejak ia mula diperkatakan pada 1990-an.

Malah, jika benar bahan kimia tersebut wujud dan tersebar ke bumi, mengapa kesannya tidak kelihatan walaupun chemtrail itu telah kelihatan sejak 1970-an? Sebaliknya, jalur awan putih yang terbentuk itu adalah ‘contrail’ yang terjadi secara semula jadi dan tiada bahan kimia yang dilepaskan. Ini bermakna, ia tidak berbahaya kepada kesihatan manusia.

Bagi yang belum tahu, contrail adalah singkatan daripada ‘condensation trail’ atau ‘vapour trail’. Jika diterjemahkan, ia merupakan kondensasi iaitu proses pertukaran wap atau gas kepada cecair atau kata mudahnya pemeluwapan.

Proses kondensasi terjadi apabila berlalunya proses pemeluwapan yang mana keadaan satu benda yang panas terkena dengan sesuatu yang sejuk, seperti titisan cecair yang muncul di luar gelas selepas kita memasukkan air ke dalam gelas tersebut.

Dengan itu, MyCheck mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sesuatu berita secara melulu dan menyemak kesahihan mengenainya terlebih dahulu.

Sumber: MyCheck Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY