Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
drink water

Air Hujan Di Seluruh Dunia Tidak Selamat Lagi Diminum – Kajian

Diterbitkan Ogos 10, 2022 · Dikemas kini Ogos 10, 2022 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada laporan terbaru hasil dari kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari Jabatan Sains Alam Sekitar, University Stockholm mendapati, air hujan di seluruh dunia termasuklah di Antartika sudah tidak selamat diminum.

Ini kerana menurut penyelidik, kandungan di dalam air hujan kini mengandungi bahan kimia merbahaya yang dikenali sebagai PFAS (Per- and poly-fluoroalkyl substances).

PFAS adalah bahan kimia ciptaan manusia juga dikenali sebagai ‘kimia selamanya’ (‘forever chemicals’) kerana ia tidak akan terurai dalam persekitaran.

Ia boleh ditemui dengan mudah di dalam barangan rumah seperti pembungkus makanan, peralatan elektronik, kosmetik dan peralatan memasak.

Berkaitan

  • "Secara Matematik, Merentas Masa Tidak Mustahil"
  • 10 Bandar Berteknologi Tinggi Di Dunia
  • 4 Sebab Kenapa Dark Mode Telefon Pintar Mungkin Bahayakan Anda

“Berdasarkan garis panduan terkini Amerika Syarikat (AS) untuk PFOA (asid perfluorooctanoic yang menyebabkan kanser) dalam air minuman, air hujan di mana-mana akan dinilai tidak selamat untuk diminum.

“Walaupun dalam dunia perindustrian kita tidak kerap meminum air hujan, masih ramai orang di seluruh dunia menyangkakan air hujan selamat untuk diminum malah ia menjadi sumber bekalan air minuman kita.” Profesor Ian Cousins, Ketua Penyelidik Jabatan Sains Alam Sekitar, University Stockholm.

Kajian terhadap kesan terdedah kepada ‘kimia selamanya’ yang dijalankan secara meluas sebelum ini mengaitkannya dengan masalah kesihatan seperti isu kesuburan, meingkatkan risiko kanser dan membantut perkembangan kanak-kanak.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa pemain industri yang menghasil dan menggunakan bahan kimia itu perlu membayar dan berusaha bagi mengurangkan kandungan PFAS di dalam air minuman kepada tahap yang selamat berdasarkan pemahaman saintifik ketika ini.

Sumber: Euro News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY