Jadikan Gaya Hidup Anda Lebih Pintar 24 Jam Sehari, 7 Hari Seminggu Dengan Peranti Ini

19Sejak dilaksanakan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rutin harian kita sebahagian besarnya mula berubah.

Ada yang perlu melakukan tugasan dari rumah, ada yang menghabiskan banyak masa bermain aplikasi permainan, dan ada juga yang melakukan senaman ringan dirumah untuk mengekalkan kecergasan.



Ketika menjalankan kesemua aktiviti tersebut, mungkin ada yang perasan peranti sedia ada sudah tidak mampu untuk menjalankan fungsi yang sepatutnya.

Anda mahukan komputer riba bawah RM2400 untuk mengendalikan tugasan pejabat?

Anda mahukan telefon pintar bawah RM1000 yang sesuai dengan penggunaan harian?

Anda mahukan jam tangan pintar bawah RM700 sebagai peneman ketika beriadah di rumah?

HONOR Intelligent Lifestyle adalah jawapan yang dicari.

Bagi yang belum maklum, HONOR Malaysia sedia melancarkan tiga produk dalam siri Intelligent Lifestyle seminggu yang lalu.



Melalui penawaran ini, ia membariskan tiga peranti iaitu HONOR MagicBook, HONOR 9X Pro dan HONOR MagicWatch 2. Jom lihat mana satu yang sesuai untuk anda.

1. HONOR MagicBook




Segelintir daripada kita mungkin menggunakan komputer di pejabat dan bila berlakunya PKP ini, komputer lama yang dibeli sejak zaman universiti pula menggalas tanggungjawab.



Namun prestasinya sudah tidak seperti sewaktu dibeli dahulu dan mahu mencari pengganti? HONOR MagicBook dilihat bersesuaian untuk menjadi calon.



Hanya seberat 1.45kg, ia mudah untuk diusung ke sana ke mari. Memperagakan binaan aluminium, rekaannya kemas dipandang mata. Anda tidak pedulikan tentang rekaan? Sabar, ini antara ciri yang diketengahkan pada HONOR MagicBook.

Kapsyen: Paparan HONOR MagicBook boleh dicondongkan menghampiri 180 darjah


Ketahanan kuasa yang lama melalui kapasiti bateri 57.4Wh. Melalui satu pengecasan penuh, anda boleh mendapatkan penggunaan sehingga 10 jam (bergantung kepada cara penggunaan). Tugasan pejabat, tonton video, layari internet dan bermain game boleh dilakukan tanpa sentiasa bersambungan dengan wayar pengecasan.

Kuasa yang disalurkan kepada bateri pula menggunakan pengecas 65W yang mampu mengisi 40% dalam hanya 30 minit sahaja.



Selain itu, pengecas tersebut turut menyokong pengecasan 10W, 18W, 24W dan 45W melalui port USB C yang sesuai digunakan untuk mengisi kuasa kepada telefon pintar, powerbank serta lain- lain peranti. Dengan adanya USB-C, senang untuk anda mengecas, ibarat satu pengecas untuk semua.

Menguatkan lagi penawaran adalah konfigurasi memori iaitu RAM 8GB dengan ruang simpanan 512GB. Sistem memori yang disediakan ini dilihat sudah mencukupi untuk mengendalikan tugasan serta menyimpan dokumen dan kandungan digital yang lain.

Bagi memudahkan lagi urusan pemindahan fail antara MagicBook dengan telefon pintar anda, ia dilengkapi dengan MagicLink 2.0. Ciri ini membolehkan telefon pintar HONOR atau Huawei anda disambungkan secara tanpa wayar.



Selepas padanan dibuat, paparan telefon pintar akan dipancarkan pada skrin MagicBook. Sekarang, fokus anda hanya pada komputer riba, tidak perlu pegang telefon pintar ketika melakukan tugasan.

Sistem sekuriti MagicBook menghidangkan kombinasi kata laluan, nombor PIN ataupun untuk yang mahukan lebih lagi, anda boleh menetapkan imbasan cap jari. Pengimbas cap jari diletakkan pada butang kuasa, mudah diakses ketika anda mahu menghidupkan MagicBook.

HONOR MagicBook sudah ditawarkan dengan harga RM2299. Untuk pengetahuan anda, HONOR MagicBook berjaya dijual habis hanya dalam masa 2 minit di Hihonor dan di Shopee sementara tempoh 15 minit di Senheng serta SenQ.

Mengejutkan lagi dimana jualan kedua hari ini di Hihonor juga telah habis terjual.

Bagi anda yang terlepas, usah risau kerana boleh mendapatkannya dari Shopee dengan iringan hadiah percuma seperti HONOR Band 5i, HONOR Bluetooth mouse dan sebuah HONOR Twin Line Bagpack.



Sementara itu pada jualan kedua di Senheng akan diadakan pada 17 April 2020 (12 tengah malam) dengan menyediakan barangan percuma seperti HONOR Band 5 Sport, HONOR Twin Line Backpack dan HONOR Bluetooth mouse. Sesuai untuk anda?

 

2. HONOR 9X Pro


Komputer sudah ada, sekarang kita beralih kepada peranti kedua iaitu HONOR 9X Pro. Sedang cari telefon pintar bawah RM1000? Ya HONOR 9X Pro diletakkan pada nilai RM999 untuk pasaran tempatan.



Dipasarkan dengan nama ‘Pro’, model ini membawakan spesifikasi lebih berkuasa berbanding HONOR 9X. Dari segi spesifikasi, HONOR 9X Pro dilengkapkan dengan cip pemproses Kirin 810 7nm. Tugasan memproses grafik pula digalas oleh Mali G52.

Konfigurasi memori yang dimuatkan adalah RAM 6GB dengan storan seluas 256GB. Ini sekaligus menjadikan HONOR 9X Pro sebagai satu-satunya telefon pintar bawah RM1000 yang mempunyai kapasiti storan 256GB.

Tidak cukup dengan itu, menambahbaik pengalaman bermain aplikasi permainan adalah sistem penyejukan cecair. Ia berupaya melepaskan haba secara efisien dan pantas bagi mengekalkan prestasi terbaik ketika bermain permainan, disamping penggunaan GPU Turbo 3.0.



Jualan HONOR 9X Pro akan dimulakan pada hari Jumaat bersamaan dengan 17 April 2020. Sesuai untuk anda?

3. HONOR MagicWatch 2


Baik kita peranti yang terakhir sekali dalam Intelligent Lifestyle iaitu jam tangan pintar. Diberi nama HONOR MagicWatch 2 ia dihuni dengan pelbagai ciri penjejakan kesihatan terbaik untuk anda.



Berapa harganya? Elok rasanya kita lihat apa yang ditawarkan pada jam tangan pintar ini terlebih dahulu. Antara ciri utamanya adalah kemampuan bertahan sehingga 14 hari penggunaan.

Selain itu, pada model MagicWatch 2 Sakura Gold/Agate Black (42mm), ia dilengkapkan dengan ciri pengesanan SpO2 dan pemantauan kitaran haid pengguna wanita. Ciri SpO2 itu berfungsi sebagai pemantauan kadar oksigen dalam darah. Model 46mm tidak menyertakan dua fungsi ini.

HONOR MagicWatch 2 turut disediakan dengan 15 mod aktiviti riadah seperti mendaki, berbasikal, berenang dan banyak lagi.

Ya, anda tidak dibenarkan untuk beriadah diluar rumah sepanjang tempoh PKP ini, tetapi tidak bermakna anda boleh mengabaikan kesihatan anda. Lakukanlah senaman ringan dirumah disamping memantau degup nadi, jumlah langkah anda dan lain-lain melalui HONOR MagicWatch 2 ini.



Bukan itu sahaja yang mampu dilakukan MagicWatch 2, anda boleh simpan sehingga 500 lagu yang boleh mengiringi aktiviti senaman. Tidak perlu bersusah payah membawa telefon pintar, cukup sahaja dengar lagu melalui jam tangan pintar. Dengar lagu boleh, jawab panggilan suara pun boleh. Menarik bukan?

MagicWatch 2 ditawarkan dengan dua variasi iaitu saiz 42mm dan 46mm. Warna Sakura Gold sesuai untuk kaum hawa manakala bagi pengguna lelaki pula lebih sesuai mengenakan warna hitam Agate Black (42mm). Sementara itu, saiz yang lebih besar sedikit tampil dengan rekaan lebih elegan dan premium seperti imej dibawah.



Setelah kita cerita serba ringkas tentang ketiga-tiga peranti dari HONOR ini, mana satu yang sesuai dengan penggunaan dan keperluan anda ketika ini? Adakah ia HONOR MagicBook, atau HONOR 9X Pro, ataupun HONOR MagicWatch 2?

Bagi anda yang berminat untuk membeli salah satu atau ketiga-tiga produk dari HONOR Malaysia ini, bolehlah kunjungi Hihonor, Shopee, Senheng ataupun SenQ dan beli secara dalam talian dikala PKP sedang berlangsung ini.

*Artikel ini dibawakan oleh HONOR Malaysia