Ditawarkan pada harga RM2299, MagicBook menawarkan komputer riba dengan bateri lebih tahan lama, dan dijana cip pemprosesan Ryzen 5 3500U dengan integrasi grafik Radeon Vega 8. Selain itu, ia turut dilengkapkan bateri 57.4WH dengan pengecasan pantas 65W yang memberikan 10 jam tempoh penggunaan.
Komputer riba ini habis terjual dalam masa 2 minit di Hihonor dan Shopee, serta 15 minit di Senheng dan SenQ. Bagi yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan MagicBook untuk jualan pertama, anda masih boleh mendapatkan MagicBook dengan set hadiah percuma yang baru.
Untuk pembelian melalui Senheng dan SenQ, anda akan menerima hadiah percuma HONOR Band 5 Sport, tetikus tanpa wayar dan bag komputer riba HONOR. Manakala, hadiah percuma HONOR Band 5i, tetikus tanpa wayar dan bag komputer riba HONOR akan diberikan apabila anda melakukan pembelian melalui Shopee bermula 9 April dan 15 April di Hihonor.
Berkaitan
- HONOR 9S Dilancarkan Pada Harga RM359
- HONOR 9A Dilancarkan, Jualan Bermula 26 Jun Ini
- HONOR MagicBook 14 Bakal Hadir Di Malaysia 6 Julai Ini
- HONOR Dedahkan Teknologi Dua Lapis Skrin OLED Pertama Dalam Industri
- HONOR 9X Pro Akan Mula Dijual 17 April Ini Secara Dalam Talian
- Honor Magic 6 Pro Dilancarkan - Cip SD 8 Gen 3, Kamera Periskop 180MP
- HONOR Malaysia Sambut Ulangtahun Ke-6 Dengan Pelbagai Tawaran Menarik
- Reuters: Huawei Bakal Menjual Honor Pada Harga RM62 Bilion
- HONOR MagicBook Sah Bakal Ditawarkan Di Malaysia
- HONOR MagicBook 14 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM2,499