Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MoPho 18083915-hovering-drone-taking-pictures-of-m

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Akan Guna Dron Untuk Awasi Pencerobohan Hutan

Diterbitkan Oktober 22, 2018 oleh Helmi Samsuri

Sebagai negeri terbesar di semenanjung Malaysia, Pahang memang kaya dengan hasil hutan belantaranya. Akibat rupa bentuknya yang berbukit dan luas, penggunaan dron dilihat lebih praktikal bagi mengawasi aktiviti pencerobohan dikawasan hutan tersebut.

Untuk tujuan itu, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) telah membelanjakan lebih dari RM105,000 untuk mendapatkan 10 unit dron sepertimana yang dikutip daripada laporan Sinar Harian (20 Oktober 2018).

Pembelian itu melibatkan dua jenis model iaitu Phantom 4V2 sebanyak 8 unit dan selebihnya adalah dari jenis Inspire 1V2.

Penggunaan dron oleh jabatan ini bukan terhad untuk memantau aktiviti pencerobohan seperti memindahkan kayu balak tanpa kebenaran, tetapi ia turut digunakan untuk urusan penyempadanan, mengenalpasti jenis pokok dan juga proses pemetaan kawasan hutan.

Dron-dron terbabit akan dibekalkan kepada Bahagian penguatkuasa Pahang Barat dan Timur. Menurut laporan itu lagi, JPNP akan menambah lagi jumlah dron secara berperingkat supaya Pejabat Hutan Daerah dan bahagian penguatkuasa setiap daerah boleh melaksanakan tugas mereka dengan lebih mudah menerusi teknologi dron.

Sumber: Sinar Harian

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY