Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bas smart selangor

Isu Tambang ‘Bas Smart Selangor’ Dikenakan Ke Atas Warga Asing Diperjelas

Diterbitkan Januari 17, 2023 · Dikemas kini Januari 17, 2023 oleh ariff bukhari

Menjawab artikel yang tular bertajuk “NGO desak Selangor Batal Hasrat Kenakan  Tambang Bas PJ Pada Warga Asing”, pihak SSDU Innovations Sdn. Bhd. (SSDU) menjelaskan, caj tambang perkhidmatan bas serendah RM0.90 kepada warga asing telah lama  diperkenalkan sejak Mac 2021 lagi.

Pelaksaan caj itu dibuat bersama bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain selain Petaling  Jaya dan ianya bukanlah satu diskriminasi atau penindasan yang dikenakan kepada warga  asing. 

Malah SSDU menegaskan bahawa caj RM0.90 itu amatlah rendah jika dibandingkan dengan kelengkapan bas yang mempunyai penghawa dingin, selesa, dan bersih.

bas smart selangor

SSDU menyatakan, inisiatif kemudahan ‘Bas Smart Selangor’ adalah sebagai pengangkutan awam yang selesa dan percuma ditawarkan khususnya kepada  warganegara Malaysia yang berada di Negeri Selangor. 

Justeru, perkhidmatan bas Smart Selangor secara percuma kepada warganegara ini  sepatutnya dilihat sebagai satu inisiatif ‘eksklusif’ di bawah kerajaan Negeri Selangor untuk  rakyat menikmati limpahan kemudahan awam yang disediakan. 

Isu Tambang ‘Bas Smart Selangor’ Dikenakan Ke Atas Warga Asing Diperjelas

Sementara langkah mengenakan caj kepada warga asing pula sebenarnya adalah satu kaedah biasa sesebuah kerajaan bagi membezakan keistimewaan antara warganegara dan rakyat asing  menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Persamaan ini boleh dilihat  sama seperti perkhidmatan Hospital atau Klinik Kesihatan dimana caj juga dikenakan agak  berbeza kepada warga asing. 

Sumber: Media SSDU

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Grab Keluarkan Kadar Tambang Baharu Untuk Lembah Klang
  • Ini Cara Bekukan Akaun Bank Melalui Aplikasi CIMB Clicks Serta-Merta Jika Ada Transaksi Curiga
  • iPhone 'Made in India' Dijangka Meningkat Menjelang Tahun 2027

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY