Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kapasiti penumpang e-hailing

Grab Keluarkan Kadar Tambang Baharu Untuk Lembah Klang

Diterbitkan Januari 16, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Grab telah mengeluarkan kadar baharu untuk pemandu di Lembah Klang memandangkan mereka mengambil masa yang lama untuk jarak yang singkat, akibat kesesakan lalu lintas.

Untuk pengguna, secara kasarnya inilah rumusan tambang baharu bagi JustGrab.

Grab Keluarkan Kadar Tambang Baharu Untuk Lembah Klang

Bagi pemandu pula, 3 perkara ditambah baik atau diperkenal ialah seperti di bawah.

Tambang per minit yang lebih tinggi

  • Tambang kini lebih berat pada masa diambil berbanding jarak.
  • Harga per minit dinaikkan, harga per KM diturunkan.
  • Tambang purata masih tidak berubah kerana tambang per minit yang tinggi diimbangkan dengan tambang jarak yang rendah.
  • Untuk kebanyakan tempahan, anda mungkin akan mendapati bahawa jumlah tambang adalah masih sama, atau peningkatan/penurunan yang kecil kepada tambang.
  • Tambang dikira berdasarkan jarak anggaran sistem dan anggaran masa perjalanan, berdasarkan keadaan trafik sebelum ini.
  • Tambang KLIA tidak terjejas selepas perubahan ini.

Contoh bila waktu puncak di mana berlaku kesesakan:

Grab Keluarkan Kadar Tambang Baharu Untuk Lembah Klang

Contoh di luar waktu puncak yang ambil masa lebih singkat:

Grab Keluarkan Kadar Tambang Baharu Untuk Lembah Klang

Far Pickup Bonus

  • Ia menggantikan Time Boosters dan Cashback Bonus.
  • Pemandu akan menerima pampasan 25 – 35 sen setiap minit selepas 5 minit untuk pickup untuk semua tempahan pengangkutan di Lembah Klang kecuali JustGrab (dari KLIA).
  • Kadar yang lebih tinggi ini hanya diaktifkan semasa waktu puncak.
  • Far Pickup Bonus baru ini akan berdasarkan masa pickup tanpa mengira tambang anda.
  • Rakan-pemandu teksi tidak layak untuk insentif ini.

Contoh seperti rajah di bawah.

Grab Keluarkan Kadar Tambang Baharu Untuk Lembah Klang

Hourly Cashback

  • Ia menggantikan Time Boosters dan Cashback Bonus.
  • Pemandu akan menerima cashback untuk tempahan pengangkutan semasa waktu puncak.
  • Gandaan Hourly Cashback pemandu untuk setiap minggu akan berdasarkan jumlah tempahan yang mereka lengkapkan dalam 4 minggu sebelumnya.
  • JustGrab (dari KLIA) dan JustGrab (ke KLIA) masih akan mempunyai bonus cashback tersendiri dan tidak layak untuk Hourly Cashback.
  • Tempahan MyDestination tidak layak untuk cashback. Walaubagaimanapun, ia akan dikira untuk peringkat Hourly Cashback berganda anda.
  • Rakan-pemandu teksi tidak layak untuk insentif ini.

Grab Keluarkan Kadar Tambang Baharu Untuk Lembah Klang

Contoh seperti rajah di bawah.

Grab Keluarkan Kadar Tambang Baharu Untuk Lembah Klang

Insentif-insentif ini dilihat mahu menjaga pemandu-pemandu Grab kerana banyak antara mereka mengadu sistem tambang sebelum ini tidak berbaloi kerana masa diambil untuk satu-satu perjalanan tidak berbaloi dengan tambang/laba dikenakan walaupun jarak asalnya pendek saja.

{suggest}

Untuk maklumat lebih terperinci sila ke laman web Grab yang disertakan pada sumber.

Sumber: Grab

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY