Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
rog ally

ASUS ROG Ally Berharga RM3299 Di Malaysia, Boleh Beli Mulai Hari Ini

Diterbitkan Jun 19, 2023 · Dikemas kini Jun 20, 2023 oleh Firdaus

Konsol mudah alih ROG Ally adalah antara peranti gaming yang ditunggu-tunggu pada tahun 2023 ini. ROG Ally telah dilancarkan pada 11 Mei lepas untuk pasaran global.

Asus ROG Ally

Dan kini, konsol tersebut sudah dilancarkan dan tersedia untuk dibeli buat pengguna di Malaysia.

@wisermy

ROG Ally, pesaing Steam Deck? #wisermy #tiktok #fyp #fypシ #fypage #tiktokmalaysia #asus #asusrog #roggaming #rogally

♬ original sound – Wiser MY – Wiser MY

Spesifikasi Penuh ROG Ally

ROG Ally hadir dengan 2 pilihan model untuk anda yang dikuasakan siri cip AMD Ryzen Z1 – ROG Ally Z1 dan yang paling berkuasa, ROG Ally Z1 Extreme.

Asus ROG Ally
Asus ROG Ally

Selain cip, kedua-dua model mempunyai memori RAM LPDDR5 dwi-saluran hingga 16GB dan storan PCIe Gen4 SSD hingga 512GB dan slot kad mikroSD.

Asus ROG Ally

Di samping itu, konsol ini mempunyai skrin berukuran 7″ dengan resolusi FHD+ yang menyokong kadar segar semula 120Hz, tahap kecerahan maksimum 500 nits, masa tindak balas 7ms dan AMD FreeSync.

Konsol ini juga mempunyai dwi-pembesar suara di depan yang menyokong ciri Dolby Atmos, sistem ROG Intelligent Cooling dan banyak lagi profil dan ciri menarik untuk anda tetapkan.

ROG ALLY

ROG Ally menggunakan sistem operasi Windows 11 yang telah diselaraskan untuk keperluan, kesesuaian dan kepenggunaan konsol mudah alih ini.

Asus ROG Ally

ROG Ally boleh dipasangkan kepada ROG XG Mobile untuk menambahkan kuasa pemprosesan grafiknya. Tidak lupa juga, pengecasnya mempunyai satu port HDMI tambahan untuk konsol ini dimainkan pada paparan monitor ketiga.

Asus ROG Ally

Harga & Ketersediaan Asus ROG Ally

Untuk pengetahuan anda, hanya model ROG Ally Z1 Extreme dibawa masuk ke pasaran tempatan. Model paling berkuasa ini dijual pada tanda harga rasmi RM3,299.

ROG Ally

Konsol ini bakal tersedia untuk dibeli di stor fizikal bermula 1 Julai depan.

ROG Ally

Menariknya lagi, anda boleh menyertai jerayawara konsol ini di Concourse, Plaza Low Yat pada tarikh tersebut untuk merasai sendiri ROG Ally secara sebenar.

ROG Ally

Bagi anda yang ingin membeli, jualan dalam talian sudah bermula seawal 8.30 malam ini juga. Anda boleh membeli dengan hanya imbas kod QR di atas atau melalui pautan ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • vivo X100 Pro+ Mungkin Dilengkapi Kamera Telefoto 200MP
  • Apple Dijangka Perkenal Cip U2 Pada iPhone 15
  • OPPO Find N3 Mungkin Sokong Pengecasan Wayarles
  • Carl Pei Tayang Kabel USB-C Lutsinar Nothing
  • Indonesia Dan SpaceX Lancar Satelit SATRIA-1 Untuk Beri Akses Internet Di Kawasan Terpencil

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY