Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 14 – 2

iPhone Terdahulu Bakal Sokong Pengecasan Wayarles Seperti iPhone 15

Diterbitkan Disember 10, 2023 oleh ariff bukhari

Berita baik kepada pengguna model-model siri iPhone terdahulu termasuklah iPhone 13 dan iPhone 14 kerana model peranti ini dilaporkan akan menyokong ciri pengecasan wayarles yang lebih baik.

Sokongan ciri itu akan tiba melalui kemas kini iOS 17.2 yang akan membawa pengecasan wayarles Qi2 kepada generasi iPhone terdahulu.

Buat masa ini, iPhone 15 adalah model pertama daripada Apple yang menyokong standard Qi2 baharu yang mempunyai kelajuan pengecasan maksimum 15 watt.

iphone charger

Walaupun pengecas Qi generasi pertama untuk iPhone telah mampu mencapai kadar itu, tetapi model iPhone terdahulu itu hanya mampu menerima kuasa pengecasan wayarles pada kadar 5 atau 10 watt sahaja.

iOS 17.2 dijangka akan tersedia dimuat turun dalam tempoh beberapa minggu lagi akan datang.

Kemas kini itu juga bakal menambah aplikasi Jurnal yang Apple dedahkan di WWDC pada bulan Jun lalu serta ciri rakaman video spatial untuk iPhone 15 Pro dan Pro Max (ciri rakaman yang boleh dilihat dengan set kepala Apple Vision Pro).

Berkaitan

  • Cepat Sambar 10 Barang Elektronik Ni Di Shopee, Diskaun Hari Ni Je
  • Ini Cara Mohon Rebat RM2,400 Skim Galakan Motosikal Elektrik (MARiiCas)
  • Cepat Muat Turun 'Game' Perang 'Kaiju' Ini Sementara Percuma

Sumber:  9TO5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY