Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
rebat motor EV RM2,400 motor

Ini Cara Mohon Rebat RM2,400 Skim Galakan Motosikal Elektrik (MARiiCas)

Diterbitkan Disember 9, 2023 · Dikemas kini Disember 9, 2023 oleh ariff bukhari

Seperti semua tahu, Kerajaan sedang berusaha menggalakkan rakyat menggunakan kenderaan elektrik (EV).

Pada pembentangan Belanjawan 2024 lalu, Kerajaan telah pun mengumumkan insentif rebat bernilai RM2,400 sebagai salah satu cara untuk menggalakkan penggunaan motosikal elektrik.

Pendaftaran telah pun dibuka dan di sini dikongsikan cara untuk anda memohon Skim Galakan Motosikal Elektrik (MARiiCas) yang memberikan anda rebat bernilai RM2,400:-

1. Buka laman sesawang https://insentif.marii.my/mariicas dan klik pada butang Daftar Sekarang.

rebat RM2,400 motor

2. Seterusnya, isikan pada borang seperti di bawah. Pendaftaran ini diperlukan bagi melayakkan diri untuk mendapat insentif di bawah Skim Galakan Motosikal Elektrik.

rebat RM2,400 motor

3. Setelah siap diisi dan pendaftaran dihantar, anda perlu sahkan e-mel untuk melengkapkan proses pendaftaran.

rebat RM2,400 motor

rebat RM2,400 motor

4. Setelah sahkan, anda akan dibawa terus ke laman muka https://insentif.marii.my/login/, bermakna anda sudah mempunyai akaun MARiiCas .

rebat RM2,400 motor

5. Langkah seterusnya adalah, anda klik pada bahagian Permohonan Insentif.

Di sini, selain memaparkan Maklumat Pemohon yang telah diisi di awal tadi, anda juga perlu melengkap permohonan skim rebat ini dengan memuat naik dokumen sokongan lain yang diperlukan.

rebat RM2,400 motor

rebat RM2,400 motor

rebat RM2,400 motor

rebat RM2,400 motor

6. Akhir sekali, anda boleh lengkapkan permohonan dengan membuat pembayaran RM10.00.

7. Permohonan yang telah disemak dan diluluskan oleh pihak MARii, akan menerima emel pengesahan dan boleh memuat turun kod QR untuk menikmati insentif yang ditawarkan.

8. Setelah mendapatkan kod QR, pemohon boleh menggunakan kod QR tersebut bagi tujuan pembelian motosikal elektrik di bawah syarikat pengeluar yang disahkan oleh pihak MARii.

Boleh dirujuk melalui laman sesawang yang disediakan https://insentif.marii.my/mariicas

9. Pemohon perlulah menggunakan kod QR tersebut dalam tempoh 30 hari dari tarikh ia dikeluarkan. Setelah tamat tempoh tersebut, pemohon hendaklah melakukan permohonan semula untuk mendapatkan kod QR baru yang sah.

rebat motor EV RM2,400 motor
Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut berkaitan proses pendaftaran, sila emel kepada [email protected]

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan MARii, anda boleh melayari laman sesawang MARii menerusi pautan https://marii.my

Berkaitan

  • Bukan Pengganti MyKad, Ini Penjelasan Ringkas Tentang MyDigital ID
  • Permohonan eMADANI Ditolak? Boleh Buat Rayuan, Ini Caranya
  • Permohonan Rebat RM2,400 Motosikal Elektrik Dibuka, Ini Yang Perlu Diketahui

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY