Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone SE 2 Berkemungkinan Akan Dikenali Dengan Nama “iPhone 9”

iPhone SE 2 Berkemungkinan Akan Dikenali Dengan Nama “iPhone 9”

Diterbitkan Januari 3, 2020 · Dikemas kini Januari 3, 2020 oleh irfan suhaimee

Telah tular di media sosial mengenai berkemungkinan Apple akan melancarkan peranti bajet terbarunya iaitu Iphone SE 2.

Menurut penganalisa Apple iaitu Ming-Chi Kuo, Apple sedang mengusahakan sebuah peranti bajetnya yang terbaru. Peranti yang bakal dijual dengan tanda harga yang lebih rendah itu dijangka dilancarkan sebelum pertengahan 2020.

iPhone SE 2 Berkemungkinan Akan Dikenali Dengan Nama “iPhone 9”

Menurut Kuo lagi, peranti tersebut bakal menggantikan Iphone SE yang dilancarkan pada tahun 2016. Peranti terbaru ini berkemungkinan tidak akan menggunakkan nama Iphone SE 2 sebaliknya akan dipanggil dengan nama Iphone 9.

Ia dijangka akan mempunyai dengan rekaan seperti Iphone 8 di mana ia hadir dengan skrin LCD 4.7 inch dan pengimbas cap jari fizikal di bawah paparan peranti. Ia juga dijangka hadir dengan cip pemprosesan terkini Apple iaitu A13 Bionic dan 3GB RAM.

iPhone SE 2 Berkemungkinan Akan Dikenali Dengan Nama “iPhone 9”

Iphone 9 juga dijangka hadir dengan satu lensa pada kamera utama dan dijangka hadir dengan beberapa pilihan warna seperti space grey, silver dan juga product red. Bagi storan dalaman pula ia dijangka hadir dengan storan 64 dan 128GB.

Menurut Kuo, berkemungkinan Iphone 9 akan menjadi tumpuan kepada pengguna model Iphone yang lama seperti Iphone 6 dan 6s untuk bertukar kepada peranti baru. Ia dijangka akan dijual pada tanda harga bermula $399 (RM 1,600) berdasarkan harga Iphone SE pada tahun 2016.

Sumber : MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
©2026 WISER.MY