Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone Dijangka Akan Papar Lebih Banyak Iklan

iPhone Dijangka Akan Papar Lebih Banyak Iklan

Diterbitkan Ogos 15, 2022 oleh Amalina Athman

Apple kini dikhabarkan dalam perancangan untuk memaparkan lebih banyak iklan pada aplikasi iPhone dan iPad, termasuk Maps.

Memetik laporan Mark Gurman dari Bloomberg, iklan carian pada Maps masih berada pada fasa ujian dalaman, di mana ia memaparkan pengesyoran apabila mencari restoran, kedai atau perniagaan berdekatan.

Pada ketika ini, Apple telah pun melaksanakan model iklan yang sama pada App Store, yang membolehkan pembangun membayar agar aplikasi mereka dipromosikan pada halaman carian bagi carian tertentu. Contohnya seperti “permainan teka-teki” atau “photo editor”.

Berkaitan

  • Apple Tambah Ciri Menghalang Penjejakan Iklan, Apakah Impak Kepada Pengguna?
  • Sah, Netflix Akan Hadir Dengan Iklan Tapi Anda Tidak Perlu Risau
  • Disney+ Naik Harga Dan Tambah Iklan Mulai Disember 2022

Seperti yang dinyatakan oleh Gurman, iklan pada Maps boleh berfungsi dengan cara yang sama, di mana perniagaan boleh membayar untuk muncul di bahagian atas hasil carian apabila pengguna memasukkan istilah carian tertentu. Selain Maps, paparan iklan ini dijangka akan turut diperkenal pada aplikasi Podcasts dan Books.

Tidak mustahil juga jika Apple akan memaparkan iklan pada aplikasi lain seperti Apple TV Plus, sama seperti yang dilakukan Netflix dan Disney Plus yang merancang untuk memperkenalkan langganan beriklan dan tanpa iklan bermula hujung tahun ini.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY