Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Sah, Netflix Akan Hadir Dengan Iklan Tapi Anda Tidak Perlu Risau

Posted on Jun 26, 2022Jun 26, 2022

Waktu ini, semua pelanggan Netflix dapat menikmati kandungan di platform tersebut tanpa sebarang iklan seperti pada kandungan pada televisyen.

Baru saja beberapa hari lalu. CEO Bersama Netflix, Ted Sarandos telah mengesahkan bahawa pakej langganan yang memaparkan iklan akan ditawarkan.

Jangan khuatir, pakej yang ada sekarang masih dikekalkan. Justeru, anda yang terus melanggan pakej ini dapat terus menonton kandungan Netflix tanpa iklan.

“Kami menambah sebuah lagi peringkat (jenis langganan) yang mempunyai iklan, bukannya iklan pada kandungan Netflix seperti hari ini. Kami akan sediakan jenis langganan beriklan ini pada mereka yang berkata ‘Saya mahu harga lebih rendah dan akan tonton iklan’,” jelas beliau.

Berita baiknya, jenis langganan yang menyertakan iklan ini adalah lebih murah berbanding pakej tersedia hari ini.

Logiklah, hal ini kerana dengan iklanlah Netflix dapat menjana pendapatan apabila pelanggan membayar lebih murah.

Langkah ini dipercayai disebabkan kerugian dan pengurangan mendadak pelanggan mereka dalam tahun ini.

Dengan merendahkan harga, ia mungkin dapat membantu platform ini kembali mendapatkan pelanggan.

Kata Ted Sarandos lagi, “Kami telah meninggalkan segmen pelanggan yang besar iaitu mereka yang berpendapat Netflix terlalu mahal dan sanggup menerima iklan.”

Bukan itu saja, Netflix juga telah bereksperimen di beberapa negara yang menyekat perkongsian akaun luar isi rumah. Namun, ia agak rumit sehinggakan pekerja Netflix sendiri keliru.

Apa-apapun, tidak pasti apakah akan ada perubahan harga untuk pakej sedia ada demi memberi laluan pada pakej beriklan kelak.

Jadi, apakah anda sanggup berbelanja untuk mengelak daripada iklan atau korbankan waktu menontonnya?

Sumber: The Hollywood Reporter

Baca juga:

  • Lagi 300 Pekerja Dibuang Netflix, Dijangka Ramai Lagi Akan Alami Nasib Sama
  • Ujian Caj Tambahan Perkongsian Akaun Netflix Dilaporkan Hanya Timbul Kekeliruan
  • Netflix Dikhabarkan Akan Wujudkan Iklan Hujung Tahun Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress