Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Disney+ Naik Harga Dan Tambah Iklan Mulai Disember 2022

Disney+ Naik Harga Dan Tambah Iklan Mulai Disember 2022

Diterbitkan Ogos 11, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Disney akan menyediakan pakej langganan beriklan Disney+ mereka bermula 8 Disember 2022 pada harga yang sama dengan Disney+ hari ini yang tiada iklan iaitu $7.99.

Jadi, pakej tanpa iklan kelak akan dinaikkan harganya ke $10.99 sebulan, juga berkuat kuasa mulai tarikh sama.

Ia akan dilaksanakan di Amerika Syarikat dahulu dan dijangka akan diperluas ke seluruh dunia.

May be an image of text

Perkhidmatan penstriman Hulu dan ESPN Plus yang juga dimiliki Disney turut mengalami kenaikan harga langganan.

Jangan keliru, Disney+ yang dinaikkan harga ini berbeza dengan Disney+ Hotstar di Malaysia.

Antara perbezaannya ialah Disney+ Hotstar hadir dengan kandungan tempatan misalnya Ejen Ali, Risik Pada Hati dan lain-lain.

Berkaitan

  • Netflix Kenakan Caj Ekstra Bagi Setiap Alamat Tambahan Di 5 Negara, ~RM14 Satu 'Rumah'
  • Netflix Hilang Hampir 1 Juta Pelanggan Tapi Dapat Lebih Ramai Pelanggan Asia
  • CEO Netflix: Pelan Beriklan Tidak Akan Ada Semua Kandungan Seperti Sekarang

Disney+ di Amerika Syarikat contohnya tidak mempunyai kandungan tempatan.

Buat masa ini, pengguna Hotstar di Malaysia tidak perlu risau kerana kerana tiada pengumuman perubahan harga berkaitannya.

Laporan sebelum ini mendedahkan Disney merancang meletakkan iklan selama 4 minit untuk tempoh sejam.

Walau bagaimanapun, iklan tidak akan dijalankan pada profil kanak-kanak.

Sumber: Disney

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY