iPhone Dengan Teknologi 5G Mungkin Hanya Muncul Pada Tahun 2020 Nanti

Ketika pembangun peranti Android berlumba-lumba untuk menjadi pengeluar pertama menghasilkan peranti yang menyokong 5G, Apple pula dilaporkan hanya akan mengeluarkan peranti dengan sokongan itu pada tahun 2020 nanti.

Perkara itu dilaporkan oleh Apple Insider melalui Fast Company. Menurut laporan tersebut, Apple bercadang untuk menggunakan modem 8161 5G  yang dibangunkan oleh Intel pada model iPhone keluaran 2020 itu kelak.

Kredit: Ruradar

Sekiranya semua berjalan lancar, Intel akan menjadi pembekal modem tunggal bagi semua model iPhone selepas ini. Bagaimanapun, terdapat laporan menyatakan Apple kurang gembira dengan pihak Intel dalam menyelesaikan masalah pada cip modem 8060 yang sedang dibangunkan kini.

Rangkaian 5G kini semakin hampir di mana beberapa pembekal perkhidmatan seperti Huawei dan Oppo sedang giat membangunkan model-model 5G mereka sendiri ketika ini. Malah, tidak mustahil 5G akan dapat digunakan secara komersial seawal suku pertama tahun hadapan.

Berikutan itu, sekiranya laporan ini tepat, Apple akan sedikit ketinggalan berbanding pencabar lain dalam teknologi ini. Ia adalah kerana Apple mempunyai sejarah di mana mereka sering memperkenalkan model iPhone baru pada suku terakhir satu-satu tahun.

 

Sumber: Fast Company   Apple Insider

Amir Zakwan

Amir Zakwan

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408