Khabar angin mula bertiup sejak Disember tahun lepas lagi dimana Apple telah mengiklan beberapa jawatan dalam syarikat OEM mereka di Bengaluru termasuk jawatan Pengurus Operasi Program yang akan mengetuai pasukan operasi OEM itu. Kerajaan negeri Karnataka juga dilaporkan turut berbincang dengan pihak Apple untuk kemungkinan mengilangkan produk syarikat itu dikawasan lain pula.
Foxconn dan Wistron Corp merupakan dua buah syarikat OEM yang telah lama bekerjasama dengan Apple dalam proses pemasangan iPhone. Hal ini akan menjadi lebih mudah dimana kedua-dua syarikat tersebut sudah bertapak di India. Laman berita Indian Express pula berpendapat, Apple bakal memilih Winstron Corp sebagai syarikat pertama yang melakukan kerja pemasangan iPhone di India.
Majoriti besar iPhone yang dipasarkan sekarang telah menjalani proses pemasangan yang berpengkalan di Shenzen, China dimana ia diuruskan oleh Foxconn, syarikat elektronik dari Taiwan. Jadi jika selepas ini anda membeli iPhone dan melihat "Made In India" jangan terkejut pula. Ia sememangnya produk yang original cuma dikilangkan negara yang berbeza.
Sumber: Mdroid, Indian Express
Berkaitan
- Polis Punyai Hak Untuk Periksa Telefon Bimbit Orang Awam - Timbalan Menteri Dalam Negeri
- Ini Mungkin Spesifikasi Yang Bakal Dibawa Mi 10 Dan Mi 10 Pro
- Carian Google Image Kini Disertakan Dengan Butang Lens
- Pinterest Sekat Carian Mengenai Anti Vaksin
- NASA Kongsikan Imej 1.8 Bilion Piksel Planet Marikh
- Pegawai Di White House Minta Tangguh 2 Tahun Sekatan Keatas Huawei
- Beli Juadah Buka Puasa Di Bazar Kg Baru Menggunakan e-Dompet Touch 'n Go
- Qualcomm Mungkin Hadir Dengan Cip Snapdragon 720
- SKMM: Secara Purata Harga Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Sudah Menurun 49%
- Instagram Kini Perkenal Pesaing TikTok