Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 Pro Dilapor Mempunyai Isu Pengeluaran Panel Skrin

iPhone 15 Pro Dilapor Mempunyai Isu Pengeluaran Panel Skrin

Diterbitkan Julai 21, 2023 · Dikemas kini Julai 21, 2023 oleh Amalina Athman

Apple dilapor mempunyai masalah dengan pengeluaran panel skrin iPhone 15 Pro dan Pro Max, yang mungkin menyebabkan kekurangan bekalan kedua-dua model itu semasa pelancaran seawal September nanti.

Berkaitan

  • iPhone 15 Pro Max Dilapor Bakal 'Pecah Rekod' Untuk Bezel Paling Nipis
  • Pelancaran iPhone 15 Mungkin Ditangguh Sehingga Oktober

Spekulasi sebelum ini mengatakan iPhone 15 Pro dan Pro Max akan menampilkan bezel yang lebih nipis berbanding model iPhone 14 Pro.

Dalam laporan The Information, pembekal Apple menggunakan proses pembuatan baharu bagi mengecilkan bezel, dan ia menjadi punca kepada isu paparan yang dihasilkan oleh LG Display itu.

Menurut sumber, panel yang dihasilkan oleh LG Display dikatakan gagal dalam ujian kebolehpercayaan selepas ia melalui proses baharu yang dikenali sebagai low injection pressure overmolding (LIPO), yang melibatkan gabungan panel skrin ke dalam kerangka logamnya sebelum pemasangan.

Apple berulang kali mengubah reka bentuk panel tersebut untuk melepasi ujian, namun ia masih mempunyai paparan daripada Samsung yang boleh digunakan untuk pemasangan.

Terdahulu, penganalisis Wamsi Mohan menjangkakan pelancaran iPhone 15 akan ditangguhkan beberapa minggu, yang mungkin berkaitan dengan isu paparan ini.

Bagaimanapun, The Information sebaliknya menyatakan Apple tidak akan menangguhkan pelancaran siri iPhone 15. Ianya akan diadakan pada September seperti yang dijangkakan, tetapi model iPhone 15 Pro dan Pro Max mungkin mempunyai penawaran yang terhad semasa pelancaran kelak.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY