Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 hibrid

Ura-Ura: iPhone 15 Mungkin Dilengkapi Lensa Hibrid

Diterbitkan Julai 26, 2023 · Dikemas kini Julai 26, 2023 oleh Amalina Athman

Dalam spekulasi terkini, siri iPhone 15 dikhabarkan bakal dilengkapi lensa hibrid kaca-plastik dengan bukaan ƒ/1.7.

Berkaitan

  • iPhone 15 Pro Mungkin Hadir Dengan Pilihan Warna Biru
  • iPhone 15 Pro Dilapor Mempunyai Isu Pengeluaran Panel Skrin
  • Apple Dilapor Akan Hasilkan iPhone Dengan '0-Bezel'

Melalui platform X, pemilik akaun RGcloudS mendakwa naik taraf itu akan menjadikan siri iPhone 15 sebagai telefon dalam pasaran global pertama yang akan dimuatkan lensa hibrid. Ia berikutan peranti sedia ada dengan teknologi tersebut hanya dijual di China ketika ini.

Lensa hibrid itu dikatakan akan dilengkapi satu elemen kaca dan enam elemen plastik. Pada masa ini, kamera lebar yang tersedia di barisan iPhone 14 hanya mempunyai lensa dengan enam elemen plastik.

1/5
The upcoming iP15 series will be the first global phone with hybrid lens. beside chinese brands
1G6P • F1.7 aperture, means the same IMX sensor but captures 15-20% more light and better colors

leaving samsung as the most outdated camera lens
no branded, all plastics

— RGcloudS (@RGcloudS) July 18, 2023

Selain itu, siri iPhone 15 juga dikatakan mempunyai lensa dengan bukaan ƒ/1.7, sedikit peningkatan berbanding ƒ/1.79 yang ditawarkan pada model iPhone 14 Pro.

Walaupun dijangka menggunakan sensor Sony IMX 48 MP yang sama seperti ‌iPhone 14 Pro‌ dan ‌Pro‌ Max, dengan bukaan yang lebih besar, ia membolehkan kamera merakam 15-20% lebih cahaya.

Sementara itu, untuk model iPhone 16 Pro Max, Apple dilaporkan akan menaik taraf kamera kepada lensa hibrid lapan elemen, dengan dua kaca dan enam plastik.

Buat masa ini, belum ada maklumat lain mengenai laporan tersebut. Dengan itu, tidak dapat dipastikan jika ia benar atau sebaliknya hanya khabar angin.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY