Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone tanpa bezel_

Apple Dilapor Akan Hasilkan iPhone Dengan ‘0-Bezel’

Diterbitkan Julai 24, 2023 · Dikemas kini Julai 25, 2023 oleh Amalina Athman

Apple kini dilaporkan sedang berusaha untuk menghasilkan iPhone “0-bezel” atau tanpa bezel.

Berkaitan

  • iPhone 15 Pro Max Dilapor Bakal 'Pecah Rekod' Untuk Bezel Paling Nipis
  • Ini Mungkin Rupa iPhone 15, Bezel Lebih Nipis Dengan Warna Baru

Menurut laporan The Elec, Apple dikhabarkan telah meminta Samsung Display dan LG Display untuk membangunkan panel OLED tanpa bezel.

Bagi tujuan itu, kedua-duanya perlu menggunakan teknologi under-panel camera (UPC) untuk menjadikan panel iPhone kelihatan seperti kaca tanpa sebarang ‘pulau’, serta meningkatkan teknologi thin-film encapsulation (TFE).

Seperti diketahui, Apple telah melancarkan iPhone dengan bezel lebih nipis dari tahun ke tahun, dengan matlamat untuk menjadikannya ‘sifar’ bezel.

BREAKING! Apple is working on a 0-bezel iPhone! Looks like Cook is a fan of mine and he hates bezels as much as I do.
According to sources, Apple asked Samsung Display and LG Display to develop OLED screens without bezels at all, completely eliminating bezels and using UPC… pic.twitter.com/mP6QgOeoPw

— I'm back! (@UniverseIce) July 24, 2023

Sudah pastinya terdapat beberapa cabaran dan kesukaran yang perlu diatasi untuk merealisasikan penghasilan paparan tanpa bezel. Antaranya termasuk penggunaan skrin UPC yang merujuk kepada pemasangan modul kamera hadapan di bawah paparan serta penyelesaian yang akan digunakan untuk menangani isu sentuhan tanpa sengaja pada paparan tanpa bezel kelak.

Namun, dengan teknologi yang ada, ia bukan sesuatu yang mustahil untuk menyaksikan iPhone tanpa bezel dalam beberapa tahun lagi.

Sumber: The Elec (via Ice Universe)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY