Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
notch iphone 14 pro

iPhone 14 Pro Mungkin Pakai Rekaan Berlubang Seperti Pada Android

Diterbitkan September 1, 2022 · Dikemas kini September 1, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Laporan terbaru mendakwa iPhone 14 Pro akan dilengkapi rekaan paparan berlubang seperti pada kebanyakan telefon Android hari ini. Cumanya, ia lebih panjang, seperti rekaan takuk sebelum ini.

Sebelum ini, ura-ura kuat mengatakan siri iPhone 14 akan menggunakan paparan berlubang berbentuk pil dan bulat di mana 2 lubang disertakan. Ia kelihatan agak ganjil mungkin disebabkan tidak kelihatan simetri, bagi pandangan saya.

Namun, khabar angin terbaru pula mengatakan khas untuk iPhone 14 Pro, kedua-dua lubang itu akan dilihat seolah-olah dicantumkan, menampakkan seperti satu lubang saja.

iPhone 14 Pro Mungkin Pakai Rekaan Berlubang Seperti Pada Android

Ia nampak seperti satu lubang akan tetapi ia kekal dua yang berasingan. Hal ini kerana ruang antara dua lubang tersebut akan digunakan Apple untuk memaparkan dot hijau dan oren.

Seperti pada iOS sekarang, dot itu akan bernyala apabila sesebuah aplikasi menggunakan kamera atau mikrofon.

Bukan itu saja, 9to5Mac berkata susunan butang dalam aplikasi kamera juga akan berubah di mana kebanyakannya akan diletakkan di atas pula iaitu di bawah lubang kamera swafoto.

Butang ‘flash’ dan Live Photo pula akan dinaikkan posisinya iaitu pada status bar.

Berkaitan

  • Didakwa Imej Tertiris, Ini Mungkin Warna Ungu iPhone 14 Pro
  • Mungkin Ini Pilihan Warna Siri iPhone 14 Pro Nanti
  • Kuo: iPhone 14 Pro Akan Dilengkapi Sensor Kamera Lebih Besar
  • Rundingan Dengan Setiap Syarikat Adalah Berasingan, Lagi 4 'Telco' Masih Berminat - DNB
  • Ini Perbandingan Gambar Teleskop Hubble Dan James-Webb Yang Buat Saintis Terkejut
  • Belum Lagi Dilancar, Klon iPhone 14 Pro Sudah Mula Dijual Di China
  • Pelancaran Hampir Tiba, Antara Ura-Ura Spesifikasi iPhone 14 Setakat Ini

Apa-apapun, antara muka kamera dan pemilihan rekaan berlubang ini masih belum dimuktamadkan Apple walaupun kebarangkaliannya tinggi.

Siri iPhone 14 dipercayai akan dilancarkan pada 8 September 2022 (waktu Malaysia) dalam acara Far Out oleh Apple.

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY