Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Belum Lagi Dilancar, Klon iPhone 14 Pro Sudah Mula Dijual Di China

Belum Lagi Dilancar, Klon iPhone 14 Pro Sudah Mula Dijual Di China

Diterbitkan September 1, 2022 ยท Dikemas kini September 1, 2022 oleh Amalina Athman

Umum mengetahui, Apple telah menjadualkan acara khas yang akan berlangsung pada 7 September bagi pengenalan siri iPhone 14. Belum lagi dilancarkan, laporan terbaharu kini menyatakan peranti yang dikhabarkan sebagai klon iPhone 14 Pro telah mula dijual di China sejak beberapa minggu lalu.

Berkaitan

  • Kuo: Apple Akan Naikkan Harga Jualan Untuk Model iPhone 14 Pro
  • Acara Apple Sah Akan Berlangsung Awal September, Dijangka Perkenal Siri iPhone 14
  • Kuo: iPhone 14 Pro Akan Dilengkapi Sensor Kamera Lebih Besar

Melalui video yang dimuat naik di Youtube, ia menunjukkan iPhone 14 Pro tiruan yang dimuatkan susunan kamera belakang dengan modul yang lebih besar, seperti ura-ura sebelum ini. Sebagai tambahan, peranti itu turut dilengkapi paparan berlubang yang menggantikan takuk pada iPhone 13 Pro.

https://www.youtube.com/watch?v=8CGHbSHjkxs

Dalam erti kata lain, elemen reka bentuk peranti itu ditiru sebagai usaha bagi menawarkan pembelian peranti yang kelihatan seperti iPhone terbaharu, dengan kos yang lebih rendah kepada pembeli. Tidak hanya itu, kotak yang disediakan juga adalah hampir serupa dengan kotak pembelian asal yang disediakan oleh Apple.

Terdahulu, sarung pelindung tiruan iPhone 14 telah pun mula dijual di China pada awal tahun ini. Percambahan produk tiruan Apple yang datang dari China dan berkaitan dengan barisan iPhone 14 mungkin menunjukkan betapa yakin sesetengah pengeluar mengenai reka bentuk iPhone baharu yang akan dilancarkan pada tahun ini.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY