iPhone 12 Pro Max Diperlihatkan Dengan Tetapan Paparan 120Hz

Laporan semalam menyatakan Apple berhadapan isu bekalan paparan 120Hz yang mungkin mengakibatkan pelancaran iPhone 12 mengalami kelewatan atau fungsi tersebut terpaksa dilupakan.

Terbaru, @JonProsser mendedahkan beberapa tangkap layar dari PVT ( Production Validation Test) iPhone 12 Pro Max. Pada fahaman kami, PVT adalah unit terakhir yang diguna untuk menjalankan ujian sebelum peranti berkenaan dikeluarkan secara besar-besaran.



Menerusi unit PVT tersebut, Prosser berkongsi beberapa tangkap layar yang memperlihatkan model iPhone 12 Pro Max 6.7 inci dengan tetapan kamera dan paparan. Prosser menyatakan beberapa model PVT tersebut dimuatkan dengan paparan 120Hz dan selebihnya adalah tanpa sokongan tersebut.

Unit PVT tersebut juga menunjukkan tetapan kamera dengan sokongan LiDAR Scanner pada model iPhone 12 Pro Max.

https://youtu.be/oLFCZwmmi3U?t=305

Dalam pada itu, Prosser turut berkongsi video di Youtube yang menampilkan tetapan kamera dan paparan 120Hz. Video tersebut memperlihatkan kedudukan takuk yang sama dengan takuk sedia ada.

https://twitter.com/EveryApplePro/status/1298376571888140290

Selain Prosser, @EverythingApplePro turut memuatnaik imej dengan tetapan yang sama bagi unit PVT iPhone 12 Pro Max. Ini bermakna, Apple mungkin belum berputus asa untuk menawarkan paparan 120Hz pada siri iPhone 12 Pro.

Sumber: Twitter via MacRumors