Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Keluaran iPhone Akan Datang Mempunyai Ciri Pengecasan Tanpa Wayar Dua Hala

iPhone 12 Pro Dan Pro Max Mungkin Hadir Dilengkapkan Dengan RAM 6GB

Diterbitkan November 25, 2019 oleh Helmi Samsuri

Imbas kembali kepada penawaran iPhone yang pertama pada 2007, Apple menyediakan telefon pintar sulung mereka itu dengan RAM 128MB. Ketika iPhone 5 diperkenalkan pada 2013, ia tampil dengan RAM 1GB dan RAM 2GB pula boleh dilihat pada iPhone 6s.

Model yang mempopularkan rekaan takuk pada skrin, iPhone X menggunapakai RAM 3GB dan seterusnya diikuti dengan siri iPhone 11 yang lengkap bersama RAM 4GB.

Berdasarkan laporan daripada MacRumours, penganalisis menyatakan Apple akan menaik taraf memori RAM bagi model iPhone 12 Pro serta Pro Max kepada 6GB yang mana pelancarannya mungkin dibuat sekitar September 2020.

Selain daripada itu, kedua-dua model turut diramal tampil dengan ciri 3D sensing pada kamera bahagian belakang. Dalam pada itu, model asas iaitu iPhone 12 disebut kekal dengan RAM 4GB.

Ketiga-tiga model generasi terbaru ini dijangka mempunyai sokongan rangkaian 5G, tetapi tidak dinyatakan sama ada menerusi mmWave atau sub 6GHz.

Sebuah lagi model iaitu iPhone SE 2, dikatakan akan dimulakan penghasilannya pada Februari. Seperti khabar-khabar angin yang lepas, ia tampil dengan rekaan seperti iPhone 8 yang mempunyai skrin 4.7 inci serta butang Touch ID tetapi diperkuatkan bersama komponen dalaman lebih berkuasa iaitu cip A13 dan RAM 3GB.

Sumber: MacRumours

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY