Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone 12

iPhone 12 Kini Dikatakan Bakal Hadir Dengan 5 Model

Diterbitkan Ogos 12, 2020 oleh Amalina Athman

Umum mengetahui, Apple akan melancarkan 4 model iPhone 12 pada tahun ini secara berperingkat. Menerusi pendedahan terbaru, Apple dijangka akan menambah model kelima dalam senarai model iPhone 12 sedia ada.

Berdasarkan laporan Business Insider, Apple dijangka akan melancarkan model dengan hanya menerima sokongan 4G. Menguatkan lagi perkara ini adalah dengan laporan dari Wedbush Securities, iaitu sebuah firma analisis dengan rekod yang baik.

Ia dijangka turut ditawarkan pada harga yang lebih murah berikutan tidak menerima sokongan 5G. Dari segi harga, laporan tersebut menyatakan model kelima ini mungkin ditawarkan pada harga sekitar $800 (~RM3358).

Model iPhone 12

Pada harga sebegitu, ianya tidaklah terlalu murah bagi sebuah peranti. Namun, bagi model yang hanya menyokong sambungan 4G, ianya lebih murah berbanding barisan model iPhone 12 dengan sokongan 5G.

Ditambah pula dengan liputan 5G yang masih terhad di seluruh dunia, tentunya ia akan mempunyai banyak pembeli sekiranya diposisikan sebagai model Pro. Bagaimanapun, Wedbush mengatakan bahawa iPhone 12 dengan sambungan 4G ini tidak akan dijual sehingga “awal 2021”.

Sehingga itu, nantikan lebih banyak maklumat yang akan didedahkan sebelum pelancarannya.

Sumber: T3

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY