Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone 12 ram 6gb

iPhone 12 Dengan RAM 6GB Mungkin Diperkenalkan Tahun Ini

Posted on Januari 16, 2020Januari 16, 2020

Kita masih berbaki lebih kurang 8 bulan lagi untuk memasuki bulan September. Sepanjang tempoh itu, kita bakal dihidangkan dengan khabar angin mengenai keluaran iPhone akan datang. Antara yang mula kedengaran adalah mengenai penggunaan RAM 6GB pada iPhone 12.

Menggarap laporan daripada laman MacRumours, pengalisis dari UBS telah meramalkan beberapa spesifikasi pada iPhone 12. Dua penganalisis tersebut, Timothy Arcuri dan Munjal Shah menjangkakan terdapat empat buah model iPhone untuk tahun ini.

iphone 12 ram 6gb
iPhone 11 Pro

Empat model itu akan tampil dengan saiz skrin antara 5.4 inci, 6.1 inci serta 6.7 inci. Dua daripadanya iaitu 6.7 inci dan 6.1 inci akan dilengkapi tiga kamera dengan 3D sensing. Versi iPhone ini dijangka hadir bersama memori RAM 6GB. Kita mungkin boleh membayangkan ia kelengkapan ini pada model Pro dan Pro Max.

Baki dua lagi model, 6.1 inci dan 5.4 inci pula dibekalkan dengan dwi kamera serta RAM 4GB.

Gosip terbaru ini selari dengan laporan terdahulu yang mengaitkan penggunaan RAM 6GB pada iPhone generasi akan datang.

Selain itu, dikhabarkan lagi keempat-empat iPhone tersebut akan dipasang dengan skrin paparan OLED. Dua daripadanya berkemungkinan menggunakan skrin paparan keluaran Samsung.

Seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini, iPhone dengan sokongan 5G juga akan membuat kemunculan pertama pada tahun ini.

Sumber: MacRumours

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress