Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 11 Pro Max Kini Produk Vintaj

iPhone 11 Pro Max Kini Produk Vintaj

Diterbitkan Oktober 1, 2025 · Dikemas kini Oktober 1, 2025 oleh Amalina Athman

Apple kini menambah iPhone 11 Pro Max ke dalam senarai produk vintajnya, seperti dilaporkan MacRumors.

Dilancarkan pada September 2019, iPhone 11 Pro Max merupakan model iPhone pertama yang menampilkan sistem tiga kamera belakang. Bersama versi lebih kecil, iPhone 11 Pro, model ini memperkenalkan penjenamaan “Pro” pada iPhone.

iPhone 11 Pro Max Kini Produk Vintaj

Salah satu ciri menarik pada iPhone 11 Pro Max ialah lensa ultra lebar 0.5x, yang membolehkan pengguna merakam gambar dengan sudut pandangan yang lebih luas. Sehingga kini, sering kali kita mendengar pengguna menyebut “0.5 dulu” setiap kali mahu mengambil gambar ultra lebar.

Walaupun kini dikategorikan sebagai vintaj, iPhone 11 Pro Max masih menerima sokongan kemas kini iOS 26.

Bagi iPhone 11 Pro pula, ia masih belum dimasukkan ke dalam senarai, menandakan Apple mungkin terus mengedarkan model ini kepada pengedar pihak ketiga terpilih untuk tempoh lebih lama.

Selain iPhone 11 Pro Max, Apple turut menyenaraikan semua model Apple Watch Series 3 sebagai produk vintaj, lebih lapan tahun selepas ia dilancarkan.

iPhone 11 Pro Max Kini Produk Vintaj

Apple Watch Series 3 dilancarkan pada September 2017 dan terus dijual sebagai pilihan bajet sehingga September 2022. Menariknya, model ini masih dijual oleh Apple ketika watchOS 9 sedang dalam fasa ujian beta, walaupun kemas kini tersebut tidak serasi dengan Series 3.

Jangka hayatnya yang panjang juga menyebabkan Apple Watch Series 4 dimasukkan ke dalam senarai vintaj lebih awal berbanding Series 3.

Buat pengetahuan, Apple mengklasifikan sesuatu produk sebagai ‘vintaj’ apabila ia berhenti dijual lebih daripada lima tahun, tetapi kurang daripada tujuh tahun yang lalu. Untuk produk vintaj, Apple masih menyediakan perkhidmatan dan alat ganti sehingga tujuh tahun selepas penghentian jualan, selagi alat ganti yang diperlukan masih ada.

Berkaitan

  • iPhone XS Max Kini Dikategorikan Produk Vintaj
  • iPhone Pertama Dengan Dwi-Kamera Belakang Kini Jadi Produk Vintaj
  • Selepas 9 Tahun Dilancarkan, Siri Pertama Jam Pintar Apple Kini Disenarai Sebagai Produk Usang
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY