Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 27 rumors_00

iOS 27 Mungkin Bawa Ciri ‘Split Screen’ Adaptif Untuk Aplikasi iPhone

Diterbitkan Jun 3, 2026 · Dikemas kini Jun 3, 2026 oleh Amalina Athman

Apple dilapor sedang membangunkan ciri ‘split-screen’ adaptif yang membolehkan paparan aplikasi disesuaikan dengan lebih baik dalam mod landskap.

Dalam satu hantaran di Weibo yang dilaporkan MacRumors, peniris terkenal Fixed Focus Digital berkata Apple sedang membangunkan keupayaan yang dipanggil “Parallel View” untuk iOS, dengan tujuan untuk menyelesaikan kelemahan berterusan platform tersebut pada paparan skrin besar dan mod landskap.

iOS 27_split screen

Pendekatan ini menyerupai fungsi Parallel View pada HarmonyOS Huawei yang membolehkan paparan aplikasi telefon pintar disesuaikan secara automatik pada paparan landskap dan skrin lebar tanpa memerlukan pembangun aplikasi mengubah reka bentuk asal mereka.

Ciri baharu ini juga berkait rapat dengan perancangan Apple untuk memperkenalkan iPhone boleh lipat atau disebut-sebut sebagai iPhone Ultra yang mempunyai skrin dalaman sekitar 7.8 inci.

Dengan saiz skrin yang lebih besar, aplikasi iPhone sedia ada berisiko tidak dipaparkan dengan baik kerana kebanyakannya direka untuk skrin menegak yang lebih kecil. Tanpa sokongan penyesuaian sistem, sesetengah aplikasi mungkin hanya akan dipaparkan dalam bentuk berbingkai pada skrin yang lebih besar.

Dakwaan ini turut menguatkan laporan terdahulu daripada Mark Gurman yang menyatakan iOS 27 akan menyokong paparan dua aplikasi secara sebelah-menyebelah pada peranti boleh lipat, bersama reka bentuk seumpama iPad termasuk bar navigasi di bahagian sisi untuk aplikasi tertentu.

Apple dijangka bakal memperlihatkan iOS 27 di WWDC 2026 pada minggu depan, sebelum pelancaran rasmi pada September bersama model iPhone 18 Pro dan iPhone boleh lipat.

Berkaitan

  • Gurman: iOS 27 Akan Utamakan Ciri Baharu Untuk iPhone Boleh Lipat
  • Imej Komputer iPhone Fold Tertiris, Dedah Rekaan Dengan Lipatan Hampir Tidak Kelihatan
  • Ura-Ura: Empat Model iPhone Mungkin Tidak Lagi Terima Sokongan iOS 27
  • Ini Gambaran Awal Rekaan Semula Siri, Ciri AI Dalam Photos iOS 27
  • Model 'Dummy' iPhone 18 Pro Tertiris, Dedah Empat Pilihan Warna

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
  • Platform X Kini Perkenal Ciri Kawalan Ibu Bapa
  • Astro X3 Kini Ditawarkan Tanpa Kontrak, Harga Promosi Bermula RM39.99/Bulan
  • Remaja 18 Tahun Didakwa Godam 11,000 Data Warga Denmark
©2026 WISER.MY