Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mod Siri iOS 27 first look Bloomberg_5

Ini Gambaran Awal Rekaan Semula Siri, Ciri AI Dalam Photos iOS 27

Diterbitkan Mei 29, 2026 ยท Dikemas kini Mei 29, 2026 oleh Amalina Athman

Apple dilaporkan sedang merancang perubahan besar untuk sistem operasi akan datang, iOS 27, dengan tumpuan yang lebih jelas terhadap integrasi kecerdasan buatan (AI) dalam pelbagai aplikasi utama.

Berdasarkan imej dan laporan awal yang dikongsikan Bloomberg, antara perubahan paling ketara ialah rekaan semula antara muka Siri serta penambahan ciri AI merentasi sistem operasinya.

Siri dijangka menerima antara muka baharu yang lebih moden, termasuk kemungkinan kehadiran aplikasi berbentuk chatbot.

Siri iOS 27 first look Bloomberg_4
gambaran awal Siri dalam iOS 27
Siri iOS 27 first look Bloomberg_1
gambaran awal chatbot Siri iOS 27

Aplikasi Camera pula dilaporkan akan menerima kemas kini besar dengan penambahan mod Siri yang membolehkan pengguna mendapatkan bantuan AI ketika menggunakan kamera. Ciri ini bukan sahaja menggantikan pengalaman Visual Intelligence sedia ada, malah membolehkan pengguna menganalisis objek dalam gambar sama ada melalui AI pihak ketiga atau carian imej terbalik.

Ini Gambaran Awal Rekaan Semula Siri, Ciri AI Dalam Photos iOS 27
gambaran awal mod Siri dalam aplikasi Camera iOS 27

Selain itu, Camera turut dijangka hadir dengan pilihan penyesuaian baharu melalui panel “Add Widgets” yang membolehkan pengguna menyusun semula pintasan mengikut keperluan. Ini memberi lebih fleksibiliti kepada pengguna, terutamanya bagi yang mahu akses pantas kepada kawalan seperti tetapan depth, pemasa atau mod malam.

Ini Gambaran Awal Rekaan Semula Siri, Ciri AI Dalam Photos iOS 27
Ilustrasi: Bloomberg

Aplikasi Photos pula dijangka menerima ciri berasaskan Apple Intelligence seperti “Reframe” dan “Extend”. Reframe membolehkan pengguna mengubah perspektif foto, manakala Extend menggunakan AI untuk melengkapkan bahagian imej yang terpotong. Apple juga sedang menguji fungsi suntingan foto menggunakan arahan bahasa semula jadi.

Ini Gambaran Awal Rekaan Semula Siri, Ciri AI Dalam Photos iOS 27
Ilustrasi: Bloomberg

Sebelum ini, Apple turut dilaporkan sedang menguji beberapa ciri AI lain termasuk hias latar yang dijana AI, sistem semakan tatabahasa seluruh sistem, serta penambahbaikan kepada aplikasi Image Playground dan Genmoji.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Aplikasi Photos Dalam iOS 27 Dijangka Terima Ciri Suntingan Baharu Berasaskan AI
  • Apple Dijangka Tambah Mod 'Siri' Dalam Aplikasi Camera Menerusi iOS 27
  • Bloomberg: Siri Dalam iOS 27 Akan Dilengkapi Ciri Padam Perbualan Secara Automatik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
©2026 WISER.MY