Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ios 18

iOS 18 Bolehkan Pengguna iPhone ‘Pause’ Video Ketika Rakam

Diterbitkan September 11, 2024 ยท Dikemas kini September 11, 2024 oleh Amalina Athman

Dengan iOS 18, Apple menambah pilihan baharu yang akan membolehkan pengguna pause atau menghentikan seketika video yang sedang dirakam.

Apabila memulakan rakaman dalam aplikasi Camera yang menjalankan iOS 18, pengguna akan melihat butang pause di sebelah kiri. Tekan pada butang ini akan menghentikan sementara rakaman video dan pengguna boleh menyambungnya semula dengan klik pada butang yang sama.

ios 18
ada butang ‘pause’ bahagian bawah kiri
ios 18
tekan bulatan merah bawah kiri untuk teruskan rakaman. tengah untuk matikan

Walaupun mungkin dilihat sebagai penambahan kecil, tetapi ia bermakna bagi sebilangan pengguna. Tidak lagi perlu menggunakan aplikasi suntingan semata-mata untuk memotong dan menggabungkan video yang sama dengan bingkai berbeza – hanya perlukan satu rakaman tunggal.

Tidak seperti ciri Camera Control baharu, yang eksklusif untuk barisan iPhone 16, butang pause ini akan tersedia pada semua iPhone yang menjalankan iOS 18.

Berkaitan

  • iOS 18 Kini Rasmi, Ini Antara Yang Baharu
  • Apple Buka Akses Transaksi NFC Kepada Aplikasi Pihak Ketiga Bermula iOS 18.1
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Boleh Kemas Kini iOS 18 Pada 17 September, Apple Intelligence Bulan Depan, Ini iPhone Yang Sokong

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY