Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple NFC_Bloomberg

Apple Buka Akses Transaksi NFC Kepada Aplikasi Pihak Ketiga Bermula iOS 18.1

Diterbitkan Ogos 15, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 15, 2024 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengumumkan bahawa pembangun kelak boleh menawarkan transaksi NFC menggunakan Secure Element (SE) dalam aplikasi mereka sendiri, berasingan daripada Apple Pay dan Apple Wallet.

Dengan menggunakan API NFC dan SE baharu, Apple berkata pembangun boleh menawarkan transaksi tanpa sentuh dalam aplikasi untuk pembayaran dalam kedai, kunci kereta, lencana korporat, ID pelajar, kunci rumah, kunci hotel, kad kesetiaan dan ganjaran serta tiket acara, dengan ID kerajaan akan disokong pada masa hadapan.

Untuk melakukan transaksi tanpa sentuh dalam aplikasi yang menggunakan API ini, pengguna boleh sama ada membuka aplikasi itu secara terus atau menetapkan aplikasi itu sebagai default dalam Settings iOS dan klik dua kali butang sisi pada iPhone untuk memulakan transaksi.

Bagi pihak pembangun, ia perlu memeterai perjanjian komersial dengan Apple, meminta kelayakan NFC dan SE serta membayar yuran yang berkaitan sebelum menawarkan transaksi tanpa sentuh dalam aplikasi mereka.

Apple berkata ini bagi memastikan bahawa hanya pembangun sah yang memenuhi keperluan kawal selia dan industri tertentu, serta komited kepada piawaian keselamatan dan privasi Apple yang boleh mengakses API berkaitan.

API NFC dan SE akan tersedia dalam keluaran iOS 18.1 untuk pembangun di Australia, Brazil, Kanada, Jepun, New Zealand, U.K. dan Amerika Syarikat, dengan lokasi tambahan akan menyusul kemudian.

Berkaitan

  • Ini Senarai Kad Kredit/Debit Yang Sokong Google Pay Dan Apple Pay Di Malaysia
  • Ini Senarai Penuh Model iPhone Yang Akan Terima iOS 18
  • iOS 18 Kini Rasmi, Ini Antara Yang Baharu
  • NFC Forum Cadang Konsep 'NFC Multi-Purpose Tap'
  • Apple Lancar iOS 18.1 Developer Beta, Dah Boleh Cuba Apple Intelligence

Sumber: Apple Newsroom

Gambar utama: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY