Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
battery iPhone iOS 18_X

iOS 18 Akan Paparkan Waktu Walaupun iPhone Dimatikan

Diterbitkan Jun 13, 2024 · Dikemas kini Jun 13, 2024 oleh Amalina Athman

iOS 18 kini menambah ciri paparan waktu pada skrin walaupun iPhone mati atau dimatikan.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Ini Senarai Penuh Model iPhone Yang Akan Terima iOS 18
  • iOS 18 Kini Rasmi, Ini Antara Yang Baharu
  • iOS 18 Perkenal Pilihan Had Pengecasan Untuk iPhone 15
  • iOS 18 Akan Beritahu Jika Guna Pengecas Yang Perlahan

Seperti dikongsi oleh pengguna di X dan Reddit, apabila iPhone yang menjalankan iOS 18 kehabisan bateri, paparan waktu dalam format 12 jam akan ditunjukkan melalui bar status iPhone. Ikon bateri masih muncul dan pengguna akan melihat “‌iPhone‌ is Findable” sementara bateri simpanan masih ada.

Looks like iOS 18 now shows time time even when your battery is “dead” – unfortunately it seems to be in 12h format only 🤦 pic.twitter.com/aO2jDwjQ7N

— Ben Mitchell (@A_MrBenMitchell) June 11, 2024

Sebelum ini, ciri yang sama telah pun tersedia untuk Apple Watch. Walaupun kelihatan seperti perubahan kecil, ia akan terbukti berguna dalam keadaan tertentu. Terutamanya apabila iPhone merupakan satu-satunya sumber untuk melihat waktu semasa dengan tepat.

Namun begitu, ciri ini nampaknya mungkin hanya terhad untuk model iPhone 15. Laporan MacRumors mengatakan pihaknya menguji pada iPhone 14 Pro Max dan iPhone 15 Pro Max, tetapi hanya iPhone 15 Pro Max yang mempunyai paparan waktu tersebut.

Mengambil kira ciri Power Reserve telah tersedia sejak ‌iPhone‌ XS, masih belum jelas apakah faktor yang mengehadkan iOS 18 daripada menawarkan ciri yang sama untuk iPhone lebih lama.

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY