Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 17 Boleh Hasilkan Suara Mirip Pengguna

iOS 17 Boleh Hasilkan Suara Mirip Pengguna

Diterbitkan Mei 18, 2023 · Dikemas kini Mei 18, 2023 oleh Amalina Athman

Minggu ini, Apple telah memperlihatkan sejumlah ciri baharu kebolehcapaian yang akan hadir pada iOS 17 kelak. Antaranya termasuk ciri Personal Voice, membolehkan individu yang berisiko kehilangan keupayaan untuk mencipta suara mirip mereka.

Berkaitan

  • Apple WWDC23 Akan Berlangsung 5 Hingga 9 Jun, iOS 17 Antara Tumpuan
  • Ura-Ura: iOS 17 Dijangka Tampilkan Perubahan Besar Pada Control Centre
  • Sekali Lagi, iOS 17 Dikatakan Bakal Hadir Dengan Sokongan 'Sideloading' Aplikasi

Bagaimana ia boleh dihasilkan?

Bagi pengguna yang berisiko kehilangan keupayaan untuk bercakap, seperti mereka yang mempunyai diagnosis ALS (amyotrophic lateral sclerosis) atau keadaan lain yang boleh menjejaskan keupayaan bertutur secara progresif, Personal Voice merupakan alternatif yang disediakan oleh Apple untuk menghasilkan suara seakan mereka.

Pengguna boleh menghasilkan Personal Voice dengan membaca bersama set prompt teks secara rawak untuk merakam audio selama 15 minit pada iPhone atau iPad.

Ciri kebolehcapaian pertuturan ini akan menggunakan pembelajaran mesin pada peranti untuk memastikan maklumat peribadi pengguna selamat.

iOS 17 Boleh Hasilkan Suara Mirip Pengguna
Personal Voice
iOS 17 Boleh Hasilkan Suara Mirip Pengguna
Live Speech

Seterusnya, Personal Voice akan diintegrasikan dengan satu lagi ciri kebolehcapaian baharu, iaitu Live Speech yang akan membenarkan pengguna iPhone, iPad atau Mac menaip apa yang mereka ingin suarakan semasa panggilan telefon, FaceTime atau perbualan secara bersemuka.

Bagaimanapun, Apple menyatakan sewaktu pelancaran kelak, Personal Voice hanya akan tersedia dalam bahasa Inggeris sahaja.

Dalam pada itu, Apple turut memperlihatkan pelbagai ciri kebolehcapaian lain termasuk Point and Speak in Magnifier bagi memudahkan pengguna kurang upaya penglihatan untuk berinteraksi dengan objek fizikal yang mempunyai beberapa label teks.

Sumber: Apple Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyDigital ID Nafi Guna Teknologi Blockchain Pihak Ketiga
  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
  • CMF Perkenal Speaker S Dan Speaker M, Bateri Sehingga 18 Jam
  • COROS PACE 4 Pro Dilancar 21 Oktober Ini, Skrin Lebih Besar, Bateri Tahan Lama
  • Pengguna Nothing Mula Terima Kemas Kini Nothing OS 5.0
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Kongsi, Cipta 'Sticker' Berbunyi
  • Microsoft Perkenal Maia 300 Dengan Memori HBM4 288GB
  • Microsoft Mula Guna Cip AI Sendiri Dalam Pusat Data, Perlu Tenaga Setara Beberapa Loji Nuklear
©2026 WISER.MY