Apple Dijangka Perkenal Saiz Baharu Untuk iPad Air

Apple kini dilaporkan sedang berusaha untuk menaikkan kembali hasil jualan iPad. Mereka sedang giat menyediakan beberapa model baharu dan menaik taraf model tersebut untuk awal tahun hadapan.

Antara usaha tersebut adalah dengan mengemas kini iPad Air dan iPad Pro. iPad Air baharu dikatakan bakal ditawarkan dalam dua saiz buat kali pertama dan model Pro akan menggunakan skrin OLED.

Mac dan iPad menyumbang 15% hasil jualan Apple dan mereka telah terjejas teruk disebabkan penurunan perbelanjaan daripada pengguna. Kemorosotan jualan iPad adalah disebabkan oleh kekurangan model baharu.

Malah, tahun 2023 bakal menjadi tahun pertama dalam sejarah apabila tiada produk versi baharu yang dikeluarkan daripada model iPad dan Mac. Jualan iPad menurun 10% iaitu sebanyak $6.44 bilion.



iPad dan aksesori dijangka dilancarkan sekitar akhir bulan Mac 2024 dengan sistem operasi iPadOS 17.4. Kemas kini perisian tersebut mungkin akan dilancarkan antara akhir Januari dan Februari tetapi mungkin tidak bagi perkakasan yang tidak dikemas kini sehingga Mac.

iPad Air merupakan tablet kelas pertengahan kini dilengkapi dengan skrin 10.9 inci. Untuk tahun hadapan, kemungkinan Apple akan menaik taraf saiz iPad Air sehingga 12.9 inci yang sepadan dengan saiz iPad Pro keluaran terbaharu.

{suggest}

Apple akan menyediakan empat jenis model dengan nombor kod J507, J508, J537 dan J538 yang hanya menawarkan versi Wi-Fi dan selular sahaja. Saiz skrin tambahan untuk iPad Air adalah sebahagian daripada strategi untuk menawarkan lebih banyak pilihan pada harga yang berbeza.

Inisiatif ini adalah untuk membolehkan pengguna memperolehi saiz paparan yang lebih besar tanpa perlu membeli iPad Pro. Model Pro yang terbaharu dijadualkan untuk pelancarannya pada tarikh yang sama dengan iPad Air.



Skrin OLED yang digunakan pada iPad Pro bakal mempunyai rangkaian warna yang lebih luas serta setanding dengan teknologi paparan yang digunakan dalam iPhone sejak 2017. Selain itu, model Pro juga bakal dikuasakan dengan cip M3 pada bulan Oktober 2024.

Apple turut merancang empat model baharu iPad Pro dengan kod nombor J717, J718, J720 dan J721. Saiz skrin adalah sekitar 11 inci dan 13 inci dengan konfigurasi Wi-Fi dan selular sahaja.

Apple ingin membawa masuk cip daripada Mac ke dalam iPad Pro serta menambah kamera baharu. iPad Pro merupakan tablet paling mahal daripada Apple dengan kapasiti storan yang terbesar. iPad Pro juga mempunyai pengaruh besar dalam meningkatkan hasil jualan iPad.

Apple juga sedang menyediakan aksesori yang diubahsuai iaitu Apple Pencil dan Magic Keyboard yang akan disertakan sekali dengan iPad Pro baharu. Apple Pencil baharu dengan nombor kod B532 manakala Magic Keyboards baharu dengan nombor kod R418 dan R428.



Selain itu, Apple juga sedang merancang untuk mengeluarkan set kepala Vision Pro pada awal tahun hadapan. Peranti tersebut akan berfungsi pada pada Apple Watch yang dikemas kini dengan sensor tekanan darah.

Sumber: Bloomberg