Pengguna iPhone Kini Boleh Tukar Bunyi Notifikasi 'Default', Ini Caranya

Melalui kemas kini iOS 17 yang dilancarkan pada September, Apple telah mengubah bunyi default untuk notifikasi iPhone.

Ia membuatkan ramai pengguna tidak menggemarinya. Sebilangan mengatakan ia terlalu perlahan, sementara yang lain lebih menyukai bunyi notifikasi yang lama. Tambahan pula, sistem operasi iOS sebelum ini tidak membenarkan pengguna menukar tetapan bunyi notifikasi default.

Dengan iOS 17.2 yang baru sahaja dilepaskan, pengguna iPhone kini boleh menukar dan menyesuaikan bunyi notifikasi default mengikut pilihan masing-masing.

{suggest}

Berikut disediakan langkah mudah untuk menukar bunyi notifikasi iPhone. Sebelum itu, pastikan iPhone sudah dikemas kini dengan versi iOS 17.2.

Cara tukar bunyi notifikasi iPhone


1. Buka aplikasi Settings dan pergi ke bahagian "Sound & Haptics".

2. Tekan "Default Alerts" dan pilih nada isyarat baharu untuk ditetapkan sebagai default.



3. Pengguna boleh memilih nada isyarat terbina, nada yang dibeli daripada Tone Store atau tidak menggunakan nada isyarat.

Sebagai tambahan, pengguna juga boleh memilih untuk menukar getaran haptik melalui Default Alerts > Haptics. Terdapat juga pilihan bagi menghasilkan getaran baharu untuk disimpan dan digunakan sebagai tetapan.



Setelah menukar tetapan, semua notifikasi dengan nada isyarat default akan menggunakan bunyi yang dipilih.

Perlu diketahui, tetapan ini hanya mengawal bunyi notifikasi bagi aplikasi yang menggunakan nada isyarat default seperti Instagram, X dan lain-lain. Ia tidak terpakai bagi aplikasi yang menggunakan bunyi tersuai mereka sendiri, seperti WhatsApp dan sebagainya.