iOS 17.2 Sedia Untuk Dikemas Kini Dengan Sejumlah Ciri Baharu

Setelah iOS 17.1 dilepaskan lebih sebulan lalu, Apple hari ini mengeluarkan iOS 17.2, iaitu kemas kini utama kedua bagi sistem operasi iOS 17 yang dilancarkan pada September.

Kemas kini iOS 17.2 membawakan sejumlah ciri baharu, penambahbaikan serta pembetulan pepijat, termasuk aplikasi Journal, sokongan pengecas Qi2 dan lain-lain.

{suggest}

Berikut merupakan antara ciri baharu yang tersedia dalam kemas kini iOS 17.2.

1. Aplikasi Journal




iOS 17.2 memperkenalkan aplikasi Journal yang diumumkan Apple sebagai sebahagian daripada iOS 17. Dengan aplikasi Journal, pengguna boleh merekodkan aktiviti harian. Apple juga menyediakan pemberitahuan berjadual untuk membantu pengguna konsisten menggunakan aplikasi ini.

2. Kamera


Dengan iOS 17.2, pengguna iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max kini boleh merakam video spatial, yang boleh dilihat dalam aplikasi Photos pada set kepala Vision Pro yang akan dikeluarkan tahun depan.



Video spatial dirakam menggunakan kamera utama dan ultra lebar, dalam 1080p/30fps, dengan seminit rakaman boleh mencecah sekitar 130MB.

Rakaman video spatial boleh ditetapkan dengan pergi ke Settings > Camera > Formats dan aktifkan toggle "Spatial Video for Apple Vision Pro".

Selain itu, Apple turut menambah baik kelajuan pemfokusan kamera telefoto apabila menangkap objek kecil yang jauh pada iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max.

3. 'Translate' di butang Action


iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max kini boleh menetapkan pilihan 'Translate' atau terjemah untuk butang Action.

4. Bunyi Notifikasi 'Default'




Di bawah Sounds & Haptics, Apple kini membolehkan pengguna memilih bunyi yang akan digunakan untuk semua pemberitahuan secara default.

5. Sokongan pengecas Qi2


Kemas kini ini turut menambah sokongan pengecas Qi2 bagi semua model iPhone 13 dan iPhone 14. Ia membolehkan peranti ini berfungsi dengan pengecas tanpa wayar menggunakan standard Qi2, sama seperti yang tersedia untuk model iPhone 15.

6. Senarai Main 'Favourite Songs' di Apple Music




Lagu yang ditandakan sebagai "Favorite" di aplikasi Apple Music kini secara automatik akan disenaraikan dalam playlist "Favourite Songs".

7. Widget Cuaca




Widget baharu membolehkan pengguna memilih widget Details, Daily Forecast serta Sunrise/Sunset. Widget Details akan menunjukkan kelajuan angin, indeks UV, kualiti udara dan sebagainya, manakala Daily Forecast menyediakan ramalan harian.

Selain itu, kalendar bulan interaktif juga membolehkan pengguna menganggarkan fasa bulan dengan mudah.

8. Lain-lain


Selain ciri di atas, kemas kini ini juga menyertakan penambahbaikan dan pembetulan pepijat berikut:

  • Widget Jam Digital kini membolehkan pengguna melihat masa sekali imbas pada Skrin Utama dan semasa dalam mod StandBy.

  • Pengisian AutoFill dipertingkat dengan mengenal pasti borang PDF dan lain-lain, membolehkan pengguna mengisi dengan maklumat seperti nama dan alamat daripada kenalan.

  • Amaran Kandungan Sensitif untuk pelekat dalam aplikasi Messages mencegah pengguna daripada melihat pelekat yang tidak sepatutnya.

  • Membetulkan isu yang menghalang pengecasan tanpa wayar dalam sesetengah kenderaan.


Bagaimanapun, perlu diketahui sebilangan ciri mungkin tidak tersedia untuk semua negara atau peranti Apple.

Untuk kemas kini iOS 17.1.2 secara OTA, pergi ke Settings> General > Software Update > Update Now.