Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ios 16 paparan

iPhone 14 Pro Barangkali Hadir Dengan Ciri Paparan Kekal Selepas Apple Watch

Posted on Mei 25, 2022Mei 25, 2022

iPhone 13 Pro menjadi telefon pertama Apple yang menyokong kadar segar 120Hz ProMotion.

Ini pastinya diteruskan pada model-model selepasnya seperti iPhone 14 Pro yang akan dilancarkan September kelak.

Model Pro pada iPhone 13 menggunakan panel LTPO, lantas menyebabkan pada awalnya banyak sumber percaya ciri paparan kekal (Always-On-Display) akan dibawa ke model tersebut.

Bagaimanapun, sangkaan itu meleset.

Tambah pula, LTPO pada iPhone 13 Pro hanya memaparkan kadar segar 10Hz-120Hz, tidak seperti peranti Android yang boleh serendah 1Hz.

Waktu ini, peranti Apple dengan paparan kekal hanyalah Apple Watch (Series 6 dan Series 7). Dengan teknologi LTPO, Series 7 dengan AOD memberikan jangka hayat yang sama dengan Series lain yang tidak menyokong AOD.

Jadi, mungkin Apple sudah bersedia mengimplimentasinya pada iPhone 14 pula selepas kejayaannya dengan watchOS.

Can’t confirm, but expecting it.

— Ross Young (@DSCCRoss) May 23, 2022

Selain itu, Ross Young menjangka ProMotion kali ini pada iPhone 14 akan mampu turun sehingga ke 1Hz.

Setakat ini, masih tiada maklumat lanjut berkaitan paparan kekal pada iPhone 14 namun ia tidak mustahil kerana iPhone 13 Pro sudah menggunakan LTPO dan Apple Watch pula sudah ada paparan kekal.

Sumber dan gambar utama: MacRumors

Baca juga:

  • Pengguna Dua iPhone Ini Tak Boleh Lagi Guna WhatsApp Mulai Oktober
  • Dijual Di Shopee Serendah RM1, Ini Kebenaran Tentang ‘Sticker Boleh Tarik Line’
  • Ini Kos Ganti Dan Baik Pulih Jika Skrin, Bateri iPhone Anda Rosak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress