Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 16.6

Apple Tampal 16 Kelemahan Keselamatan Dalam iOS 16.6

Diterbitkan Julai 25, 2023 ยท Dikemas kini Julai 25, 2023 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengeluarkan iOS 16.6 untuk pengguna iPhone, dengan menyertakan sejumlah baik pulih pepijat dan tampalan keselamatan.

Berkaitan

  • iOS 17 Akan Beri Amaran Jika Anda Guna Telefon Terlalu Dekat
  • Mod 'Private' Dalam Safari iOS 17 Akan Dilindungi Face ID
  • iOS 17 Benarkan Anda Kongsi Kata Laluan Dengan Rakan Dan Ahli Keluarga

Tiada ciri baharu dalam iOS.6, kemas kini ini sebaliknya menyertakan 16 tampalan keselamatan yang melibatkan pelbagai kategori termasuk kernel, Find My, WebKit dan Apple Neural Engine.

Apple mengatakan dua daripadanya kemungkinan telah dieksploitasi secara aktif. Tampalan untuk kelemahan dalam WebKit pertama kali disediakan melalui kemas kini iOS Security Response iOS 16.5.1 (c). Sementara kerentanan kernel telah dibaik pulih dengan iOS 15.7.1.

iOS 16.6_2

Walau bagaimanapun, Apple turut menyertakan tampalan keselamatan tersebut melalui kemas kini iOS 16.6. Berikutan Apple menyenaraikan sejumlah kelemahan keselamatan dalam iOS terdahulu, pengguna disarankan untuk melakukan kemas kini dengan segera.

Untuk kemas kini iOS 16.6 secara OTA, ianya boleh dilakukan melalui Settings > General > Software Update > Download and Install bagi model iPhone 8 dan terbaharu yang menjalankan iOS 16.

Selain iOS 16.6, Apple turut mengeluarkan iOS 15.7.8 bagi pengguna iPhone dengan iOS 15.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY