Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Disaran Kemas Kini iOS Security Response iOS 16.5.1 (c)

Pengguna Disaran Kemas Kini iOS Security Response iOS 16.5.1 (c)

Diterbitkan Julai 13, 2023 · Dikemas kini Julai 13, 2023 oleh Amalina Athman

Beberapa hari lalu, Apple telah mengeluarkan kemas kini iOS Security Response 16.5.1 (a) untuk pengguna iOS 16.5.1. Namun, selepas beberapa jam, kemas kini tersebut ditarik balik susulan beberapa laman web yang tidak dipaparkan dengan betul di pelayar Safari.

Bagi menangani isu tersebut, Apple telah melepaskan kemas kini iOS Security Response 16.5.1 (c).

Berkaitan

  • Kemas Kini Dengan Tampalan Keselamatan Penting Dilepaskan Untuk Pengguna iOS 16.5.1
  • Apple Tarik Balik Kemas Kini iOS Security Response 16.5.1 (a)

Melalui kemas kini bersaiz 2.7 MB itu, Apple menyatakan ianya termasuk kemas kini keselamatan yang tersedia pada iOS Security Response 16.5.1 (a) serta membetulkan isu yang menyebabkan beberapa laman web tidak dipaparkan sebetulnya.

Apple menyarankan kepada semua pengguna yang menjalankan iOS 16.5.1 untuk melakukan kemas kini tersebut.

Secara default, kemas kini Rapid Response Security ditetapkan secara automatik. Untuk kemas kini iOS Security Response 16.5.1 (c), pergi ke Settings > General > Software Update > Download and Install.

Sumber: Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY