Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anwar Ibrahim Elon Musk

PM Berbincang Mengenai Penyertaan Perkhidmatan Satelit Starlink Di Malaysia

Diterbitkan Julai 14, 2023 · Dikemas kini Julai 14, 2023 oleh Amalina Athman

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah mengadakan pertemuan secara maya bersama Pengasas dan CEO Space X, Elon Musk.

Melalui pertemuan itu, pihaknya telah membincangkan mengenai penyertaan syarikat SpaceX dalam perkhidmatan satelit Starlink ,yang dapat menyumbang kepada capaian internet lebih pantas dan meluas, terutamanya di kawasan pedalaman.

Berkaitan

  • Tesla Model Y Berharga RM199,000 Di Malaysia
  • SuperCharger Tesla Akan Tersedia Di 6 Negeri

Menurutnya, perkhidmatan satelit itu hanya memerlukan infrastruktur fizikal dan tanah yang minima bagi meningkatkan rangkaian internet global.

Inisiatif ini bakal meningkatkan keupayaan dan kesejahteraan rakyat, terutamanya dari aspek pendidikan dan potensi teknologi pertanian serta penjanaan pendapatan.

Dalam pada itu, Anwar turut mengalu-alukan minat dan keputusan pelaburan syarikat Tesla di Malaysia. Beliau turut menyampaikan ucapan tahniah atas pembukaan Ibu Pejabat, Pusat Servis dan Pusat Pengalaman kenderaan elektrik Tesla di Selangor pada tahun ini.

Sumber: Anwar Ibrahim

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY